Filipina masih berminat menjadi tuan rumah Sukan SEA ke-30 pada 2019 walaupun laporan berita baru-baru ini mendakwa ia tidak akan diadakan di negara itu susulan situasi bergolak di Mindanao, wilayah selatannya.
Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Low Beng Choo berkata Jawatankuasa Olimpik Filipina (POC) memaklumkan mereka masih mengadakan rundingan dengan kerajaan mereka bagi membolehkan temasya sukan itu diadakan pada 2019 selepas kali terakhir Filipina menjadi tuan rumah pada 2005.
"Secara lisan, POC menyatakan mereka masih berminat untuk menjadi tuan rumah Sukan SEA (2019) tetapi mereka pohon masa untuk berbincang dengan kerajaan mereka.
"Kami perlu faham kerana kerajaan mereka kini memberi tumpuan kepada keadaan bergolak di bandar Marawi (Mindanao) tapi mereka ada masa lagi malahan kami belum lagi menerima notis rasmi penarikan diri daripada mereka," katanya.
Beng Choo berkata demikian pada Bernama selepas menjadi tetamu program 'The Nation' yang dihoskan pengacara Zaini Yuhyi di Wisma Bernama, di sini hari ini.
Dalam pada itu, beliau memaklumkan senarai akhir atlet negara ke Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 akan diumumkan selepas mesyuarat pendaftaran delegasi negara pada 10 Ogos ini.
Beliau turut mengesahkan Malaysia akan mengambil bahagian dalam 397 daripada 404 acara yang dipertandingkan kerana MOM berpandangan sesetengah atlet negara masih belum bersedia sepenuhnya untuk menyertai Sukan SEA kali ini.
Presiden MOM Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja'afar baru-baru ini dilaporkan berkata bahawa Malaysia akan menghantar kontinjen terbesar dengan 874 atlet manakala juara bertahan Sukan SEA, Thailand akan menghantar 858 atlet.
Dalam perkembangan sama, Beng Choo mengesahkan pembawa Jalur Gemilang dan juga pembawa obor terakhir yang akan menyalakan kawah pada upacara perasmian Sukan SEA 2017, dijangka diumumkan selepas berakhirnya kem latihan pusat fasa akhir kontinjen negara di Hotel Renaissance Kuala Lumpur pada 4-10 Ogos ini.
"Kita telah membuat senarai pendek tetapi beberapa faktor lain turut dipertimbangkan sebelum kita menamakan pembawa bendera Jalur Gemilang dan juga pembawa obor yang akan menyalakan kawah pada hari perasmian Sukan SEA nanti," kata Beng Choo.
Acara Sukan SEA 2017 dijadualkan bermula pada 14 Ogos ini dengan upacara perasmian pada 19 Ogos manakala penutup pada 30 Ogos.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 02 2017
Beng Choo (gambar) mengesahkan pembawa Jalur Gemilang dan pembawa obor terakhir yang akan menyalakan kawah pada upacara perasmian Sukan SEA 2017, dijangka diumumkan selepas kem latihan pusat fasa akhir kontinjen negara berakhir. - Gambar fail
EPL: Salah jaring gol bersejarah, Liverpool bangkit atasi Leicester
Jordan Ayew membuka jaringan seawal minit keenam tetapi ia masih belum cukup untuk mengeluarkan mereka dari zon penyingkiran.
India berkabung atas kematian bekas PM Manmohan Singh, sanjung legasi reformasi ekonomi
Singh, yang meninggal dunia pada usia 92 tahun di New Delhi malam Khamis, merupakan tokoh ekonomi dan pemimpin yang sangat dihormati.
Tindakan Pas politikkan sambutan Krismas tidak hormat hak rakyat berbilang bangsa - DAP
Tiga Ahli CEC DAP berkata, kepelbagaian etnik, ras, serta suku kaum di Malaysia perlu diraikan, difahami dan saling dihormati,
Anwar ucap selamat ulang tahun kepada Ramos-Horta
Anwar memuji Ramos-Horta sebagai seorang sahabat baik dan individu sejati dalam memperjuangkan kebebasan serta keadilan.
Tiga maut, empat cedera parah dalam kemalangan bas di utara Norway
Kejadian berlaku berhampiran Raftsundet di kepulauan Lofoten, destinasi pelancongan terkenal di utara Norway.
EPL: Gol dramatik Muniz buat Chelsea tersungkur di laman sendiri
Pertukaran pemain yang dilakukan Marco Silva pada lewat permainan membuahkan hasil yang cukup lumayan.
Kazakhstan tegaskan Azerbaijan, Rusia tidak terlibat dalam siasatan forensik nahas pesawat
Larangan itu berdasarkan prosedur yang ditetapkan dalam Kod Jenayah Kazakhstan.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada pukul 8 pagi, ringgit naik kepada 4.4665/4715 berbanding dolar AS daripada 4.4670/4715 ketika ditutup semalam.
Risiko & Peluang 2025: Menyingkap dinamika pergolakan pasaran
Ikuti perkongsian eksklusif bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof tentang landskap ekonomi terkini dan potensi hala tuju Malaysia pada 2025.
AWANI Ringkas: Kesalahan khalwat berulang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peningkatan pelepasan abu di Gunung Berapi Kanlaon
Kepulan gelap setinggi kira-kira 1.2 kilometer dikesan di Gunung Berapi Kanlaon.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Ringgit mencatat pemulihan kukuh apabila ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS pada Isnin berikutan kenaikan harga komoditi dan bacaan inflasi Amerika Syarikat (AS) yang lebih rendah.
Piala ASEAN 2024: Vietnam, Filipina mara ke separuh akhir
Kejayaan di Stadium Viet Tri itu menyaksikan pasukan tuan rumah muncul juara kumpulan B dengan mengumpul 10 mata.
Banduan hukuman mati Filipina dihantar pulang selepas rundingan panjang dengan Indonesia
Seorang rakyat Filipina yang dijatuhi hukuman mati di Indonesia, akhirnya kembali ke Manila pada pagi Rabu setelah melalui rundingan panjang selama bertahun-tahun antara kedua-dua negara.
Filipina arah pemindahan sepenuhnya penduduk susulan kemungkinan letusan semula gunung berapi
Terdapat segelintir penduduk yang enggan meninggalkan zon bahaya meskipun berdepan ancaman letusan besar.
Filipina pindahkan lebih 45,000 penduduk susulan letusan Gunung Berapi Kanlaon
Lebih 45,000 penduduk dari kampung-kampung berhampiran Gunung Berapi Kanlaon yang aktif dipindahkan selepas ia meletus pada Isnin.
Letusan Gunung Berapi Kanlaon, hampir 12,000 keluarga terjejas
Dalam laporan terbaharu, agensi bencana itu mendedahkan jumlah berkenaan melibatkan 40,489 orang di 25 barangay di Visayas Barat dan Visayas Tengah.
87,000 penduduk akan dipindahkan susulan letusan gunung berapi di Filipina
Penduduk yang tinggal dalam radius enam kilometer dari puncak Gunung Berapi Kanlaon itu disarankan supaya berpindah segera.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kes HIV di Filipina dijangka cecah 215,400 menjelang hujung tahun
Jabatan Kesihatan Filipina (DOH) memaklumkan bahawa jumlah kes HIV di negara itu dijangka mencecah 215,400 sebelum penghujung 2024.