Daripada anggaran itu, sebanyak 131,335 kes didiagnosis atau disahkan melalui ujian makmal, menurut DOH.
Memetik anggaran Model Epidemik AIDS, DOH menjangkakan jumlah penghidap HIV di Filipina boleh meningkat kepada kira-kira 448,000 menjelang 2030 sekiranya pencegahan dan intervensi tidak diperluaskan, lapor Xinhua.
Bagi membendung peningkatan kes, DOH bekerjasama dengan Majlis AIDS Kebangsaan Filipina untuk melancarkan kempen rasmi pada Ahad sempena sambutan Hari AIDS Sedunia Filipina 2024.
"Melalui kempen ini, stigma akan ditangani dan perbincangan mengenai pencegahan HIV/AIDS akan dibuka kepada umum.
"Orang ramai diingatkan bahawa ujian berkala di kemudahan penjagaan primer, klinik tempatan, pusat kesihatan dan unit ujian mudah alih boleh diakses secara rahsia," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA