KUALA LUMPUR: Analisis awal projek perintis penggunaan ubat Pre-Exposure Prophylaxis (PrEP) yang digunakan untuk pencegahan HIV menunjukkan penurunan drastik.
Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, dapatan itu berdasarkan 3,451 individu yang menerima PrEP sejak projek perintis dimulakan pada Januari 2023 hingga 11 Januari lalu.
Beliau memberitahu, kadar jangkitan penyakit sifilis menurun daripada 11 kepada kepada 6.5 peratus selepas enam bulan dan 1.3 peratus selepas 12 bulan.
"Peratus klien (peserta) yang sentiasa menggunakan kondom pula meningkat daripada 30 peratus kepada 38.6 peratus selepas 6 bulan dan 44 peratus selepas 12 bulan penggunaan PrEP," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi (PN-Kuala Langat) di Dewan Rakyat, di sini, pada Rabu.
Sementara itu, Dzulkefly menambah, peratus klien yang mempunyai hanya satu pasangan seksual (monogamous) juga meningkat daripada 7.2 peratus kepada 19.4 peratus selepas 6 bulan dan 29.6 peratus selepas 12 bulan penggunaan PrEP.
"Saya juga ingin berkongsi di sini bahawa terdapat 51 klien yang telah berhenti menggunakan PrEP kerana tidak lagi melakukan aktiviti seksual yang berisiko. Itu juga satu kesan yang penting," ujarnya.
Pun begitu katanya, terdapat tiga kes positif HIV (0.09 peratus), kerana pengguna tidak patuh
kepada pengambilan PrEP.
Namun katanya, kadar itu jauh lebih rendah berbanding negara-negara lain yang melaksanakan PrEP lebih awal.
"Hasil dapatan awal kajian ini menunjukkan bahawa klien yang mengambil PrEP mematuhi dan mengamalkan nasihat pencegahan jangkitan HIV melalui penggunaan kondom secara konsisten dan perubahan tingkah laku yang lebih baik, walaupun sedang menggunakan PrEP," jelasnya.
Menurutnya, program PrEP diperluaskan daripada 18 klinik kesihatan ke 21 Klinik pada tahun 2023, dan seterusnya akan diperluas kepada 10 buah klinik kesihatan lagi pada tahun 2024.
Tambahnya, ini menjadikan keseluruhan klinik kesihatan yang terlibat dalam Program PrEP pada tahun 2024 adalah sebanyak 31 buah Klinik Kesihatan di 14 buah negeri.
Umavathi Ramayah
Wed Mar 20 2024

Dr Dzulkefly berkata dapatan itu berdasarkan 3,451 individu yang menerima PrEP sejak projek perintis dimulakan pada Januari 2023 hingga 11 Januari lalu. -Gambar fail

#GMWA24: Anna Jobling menang besar! Ucap terima kasih kepada peminat
Pelakon, Anna Jobling akui terkejut apabila dia sekali lagi dinobatkan sebagai Gempak Most Wanted 2024 untuk tahun kedua.

1,946 warga emas telah terima vaksin influenza di Perak
Jumlah itu amat menggalakkan selain slot janji temu imunisasi influeza di 32 daripada 78 klinik kesihatan telah ditempah penuh hingga Mac.
FBM KLCI dijangka kekal antara 1,570 dan 1,600 minggu ini
Indeks utama Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam julat 1,570 hingga 1,600 minggu ini berikutan kekurangan pemangkin baharu.

Keyakinan rakyat terhadap Maktab Tentera Diraja cukup tinggi - Timbalan Menteri
Adly Zahari berkata perkara tersebut dicerminkan berdasarkan kadar permohonan kemasukan yang menunjukkan peningkatan pada tahun 2024 dan 2025.

Laporan terkini cetus kebimbangan: Keselamatan kanak-kanak, stigma terhadap OKU
Menghebahkan dengan sensasi status OKU pelaku telah menyumbang kepada stereotaip yang memudaratkan komuniti OKU.

CDU/CSU raih kemenangan besar dalam pilihan raya Jerman
Blok Kesatuan Demokratik Kristian dan Kesatuan Sosial Kristian (CDU/CSU) meraih kemenangan besar dalam pilihan raya Jerman selepas semua kawasan selesai dikira.

Bullish Aim, YTL Communications jalin usaha sama bangunkan infrastruktur fiber generasi baharu
Bullish Aim Group (BA Group) dan YTL Communications Sdn Bhd memeterai usaha sama strategik bagi membangunkan infrastruktur fiber bersama generasi baharu.
AWANI Ringkas: Laporan Ketua Audit Negara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Dua kanak-kanak maut dalam insiden letupan rocket-propelled grenade di wilayah Siem Reap, barat laut Kemboja, kata ketua pembersihan periuk api pada Ahad.

Kelayakan Piala Dunia 2026: Indonesia tambah tiga lagi pemain warisan
Indonesia semakin serius apabila tidak putus-putus menandatangani pemain warisan terbaharu bagi menghadapi baki perlawanan pusingan ketiga Kumpulan C Kelayakan Piala Dunia 2026.

Parlimen: Analisis data projek rintis ubat rawat HIV menunjukkan penurunan
Analisis awal projek perintis penggunaan ubat Pre-Exposure Prophylaxis (PrEP) yang digunakan untuk pencegahan HIV menunjukkan penurunan drastik.