INDONESIA semakin serius apabila tidak putus-putus menandatangani pemain warisan terbaharu bagi menghadapi baki perlawanan pusingan ketiga Kumpulan C Kelayakan Piala Dunia 2026 di Amerika Syarikat (AS), Mac ini.
Ketua Umum Persatuan Bolasepak Indonesia (PSSI), Erick Thohir, memuat naik kenyataan mengenai tiga lagi pemain warisan bakal memperkuat Sang Garuda yang kini menghuni tangga ketiga carta di belakang Australia.
Bekas penjaga gol Juventus, Emil Audero Mulyadi, akan mencabar posisi Maarten Vincent Paes selaku benteng terakhir Indonesia.
Selain itu, produk akademi Ajax Amsterdam, Dean Ruben James, turut menjadi pilihan tambahan Patrick Kluivert yang akan disenaraikan sebagai pertahanan kebangsaan.
Bekas pemain muda Belanda, Joey Pelupessy turut menjadi rekrut terbaharu PSSI menjelang aksi getir itu menentang Australia dan Bahrain bagi membawa misi ke Piala Dunia tahun depan.
Demi mengiringi impian semua rakyat Indonesia, PSSI mahu bola sepak Indonesia terus berkembang dan mencapai tahap yang ditetapkan. -- Stadium Astro