Persekutan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) telah menyerahkan data komputer kepada Pasukan Penyiasat Switzerland bagi membantu siasatan kes skandal rasuah ke atas badan dunia itu.

Data komputer tersebut melibatkan proses membida Piala Dunia bagi 2018 dan 2022.

Maklumat berkenaan yang dikumpul di ibu pejabat FIFA di Zurich itu turut melibatkan data milik bekas presiden, Sepp Blatter.

FIFA sehingga kini mengakui memberikan kerjasama penuh kepada siasatan polis

Polis Switzerland bulan lalu membuka kertas siasatan bagi menyiasat bagaimana pengagihan bidaan bagi Kejohanan Piala Dunia seterusnya dibuat.

BACA:
Skandal FIFA: Ketua bola sepak Australia berkata bidaan Piala Dunia 2022 'tidak bersih
Sepp Blatter letak jawatan presiden FIFA

Skandal FIFA: Netizen luah rasa puas hati dengan pengunduran Blatter

Siasatan turut dijalankan biro siasatan persekutuan (FBI) kerana ia melibatkan skandal rasuah besar-besaran.

Sehingga kini 14 suspek didakwa, di mana sembilan daripadanya adalah bekas pegawai FIFA.

Dalam perkembangan berkaitan, FIFA mengumumkan menggantung proses bidaan bagi piala dunia 2026.

Keputusan itu dibuat selepas mendapati siasatan skandal rasuah memberi kesan kepada bidaan selepas diumumkan Setiausaha Agung FIFA, Jerome Valcke.

"Melihat keadaan ini, saya rasa ianya mengarut untuk memulakan proses pembidaan buat ketika ini. Kita akan menunda pembidaan ini buat lagi sekali, setakat ini."

Fifa akan memberi penerangan kepada 209 anggota persekutuannya minggu ini berhubung jadual dan peraturan bidaan.

Tuan rumah piala dunia 2026 sepatutnya ditentukan menerusi satu mesyuarat di Kuala Lumpur pada Mei tahun depan.

Pembida berpotensi termasuk Amerika Syarikat, Kanada dan beberapa negara Eropah.

VIDEO:
FIFA gantung bidaan hos Piala Dunia 2026
Jack Warner: Blatter turut terlibat dengan rasuah

Penaja utama pertimbang tarik tajaan FIFA

Pada Mei lalu, beberapa pegawai atasan FIFA ditahan dalam sebuah serbuan di Zurich. Mereka didakwa menerima rasuah bernilai puluhan juta dolar oleh para penyiasat dari Amerika Syarikat.

Berikutan itu, Sepp Blatter mengumumkan perletakkan jawatannya pada Selasa selang beberapa hari dilantik semula sebagai presiden FIFA buat kali kelima.

Pada masa yang sama, salah satu penyiasat sedang mengkaji penganugerahan tuan rumah Piala Dunia 2018 dan 2022 kepada Rusia dan Qatar.

Australia mengejutkan banyak pihak apabila bersama-sama Persekutuan Bola Sepak Asia pada minggu lalu mengundi menentang Sepp.

Walaupun sebelum ini Frank dan Sepp adalah rakan sekutu, namun hartawan itu menyentuh bahawa peristiwa baru-baru ini telah menjadi titik perubahan untuk badan dunia sukan.

LIHAT: ALBUM FOTO SKANDAL SELUBUNGI KONGRES FIFA