WASHINGTON: Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) masih belum mengenal pasti suspek penembak dalam serangan terhadap bekas Presiden Donald Trump di Pennsylvania, Amerika Syarikat (AS).
Ejen di pejabat FBI Pittsburgh Kevin Rojek pada Sabtu malam berkata FBI menganggap kejadian berkenaan sebagai percubaan membunuh calon Presiden Amerika Syarikat itu, lapor Agensi Anadolu.
"Kami mempunyai beberapa ejen di lokasi," katanya kepada pemberita di Butler.
Trump terkena tembakan pada telinga kanannya dan dalam keadaan baik selepas kejadian tembakan di perhimpunan kempennya di Pennsylvania yang turut menyebabkan seorang maut dan dua cedera.
Pegawai FBI itu berkata pihak berkuasa sedang berusaha untuk mengenal pasti penyerang dan sebarang motif di sebalik insiden itu.
Rojek merayu kepada rakyat Amerika untuk membantu dengan memberikan sebarang maklumat bagi membantu siasatan.
Anadolu juga melaporkan seorang saksi memberitahu BBC bahawa dia melihat seorang lelaki dengan senapang di atas bumbung beberapa minit sebelum kejadian tembakan berlaku.
Greg Smith berkata dia menunjukkan lelaki bersenjata itu kepada polis ketika suspek sedang merangkak di atas bangunan di luar lokasi acara perhimpunan di Butler County.
"Saya berfikir sendiri, 'mengapa Trump masih berucap, mengapa mereka tidak menariknya keluar dari pentas'. "Perkara seterusnya yang anda tahu, lima tembakan kedengaran," katanya.
Smith berkata dia melihat ejen Perkhidmatan Rahsia menembak lelaki itu yang kemudiannya disahkan meninggal dunia.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 14 2024
FBI menganggap kejadian berkenaan sebagai percubaan membunuh calon Presiden Amerika Syarikat itu. -Gambar fail/AP
Dua beranak maut, empat cedera dalam kemalangan di WCE
Dua beranak maut, manakala empat lagi cedera dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Kilometer (KM) 212.3 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) menghala ke selatan dekat Manjung, awal pagi Khamis.
Tsunami 2004: Tragedi hitam yang diingati warga Pulau Pinang
Tarikh 26 Disember 2004 akan sentiasa menjadi ingatan dalam kalangan penduduk Pulau Pinang apabila tsunami yang melanda negeri itu sehingga mengakibatkan jumlah korban yang ramai.
Penghantar barang mengaku tidak bersalah jadi keldai akaun
Muhammad Harizi Abu Bakar, 28, membuat pengakuan tersebut di hadapan Majistret Chia Huey Ting pada Khamis.
Tiada rakyat Malaysia terjejas akibat pergolakan di Mozambique - Wisma Putra
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Pretoria sentiasa berhubung dengan 20 rakyat Malaysia di Mozambique dan memantau keadaan dengan teliti.
[TERKINI] Banjir diramal landa sembilan jajahan Kelantan Ahad depan
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) meramalkan kemungkinan berlaku banjir di sembilan jajahan di Kelantan dalam tempoh tiga hari bermula Ahad depan.
JPS menerusi kenyataan memaklumkan jajahan yang terlibat ialah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Pasir Puteh, Bachok, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Jeli.
JPS menerusi kenyataan memaklumkan jajahan yang terlibat ialah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Pasir Puteh, Bachok, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Jeli.
Touch n Go eWallet uji rekaan antara muka baharu
Kemas kini ini sedang diuji pada sejumlah kecil pengguna dan belum pasti jika akan diterapkan untuk semua pengguna.
Lima wartawan terbunuh di Gaza dalam serangan udara
Menurut media dan wartawan tempatan, kenderaan jenis van tertera label media pada bahagian badannya.
Kapal NASA terbang ke atmosfera luar matahari
Kapal angkasa Parker Solar Probe mencipta sejarah terbang ke dalam atmosfera luar matahari, dikenali sebagai korona.
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.70 mata kepada 1,603.69 daripada 1,602.99 pada Selasa lepas.
Pantai Port Dickson meriah, jadi tumpuan pengunjung sempena cuti sekolah
Pesisiran pantai itu meriah dengan pengunjung beriadah sambil melakukan aktiviti air meskipun cuaca agak mendung.
Bagaimana Donald Trump dapat bentuk semula dasar dan politik AS pada 2025
Ekonomi merupakan isu utama yang dihadapi rakyat AS semasa kempen presiden Trump, khususnya inflasi dan harga tinggi barangan runcit.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi "untuk sementara waktu", kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Kemenangan Trump: Australia tangguh keputusan sasaran pelepasan gas rumah hijau
Matt Kean berkata kesan global daripada kemenangan Trump akan menangguhkan nasihat agensi itu mengenai sasaran 2035 selama beberapa bulan.
Trump ancam kembalikan Terusan Panama kepada AS sekiranya Panama tidak kurangkan caj
Donald Trump mengancam untuk mengembalikan Terusan Panama kepada pemilikan AS sekiranya pihak berkuasa Panama tidak mengawal caj yang dianggapnya "terlalu tinggi".
Trump pilih pencipta 'The Apprentice' Mark Burnett sebagai Utusan Khas ke UK
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mencalonkan penerbit televisyen British Mark Burnett yang terkenal dengan rancangan "The Apprentice", sebagai utusan khas ke United Kingdom (UK).
Insiden rempuh pasar Krismas di Jerman, pemimpin dunia ucap takziah
Pemimpin dunia menyampaikan ucapan takziah kepada mangsa serangan di Jerman susulan seorang pemandu merempuh sebuah pasar Krismas pada Jumaat.
Trump kembali ke White House, Asia saksikan peralihan kepimpinan utama dalam 2024
Tahun 2024 menyaksikan peralihan kepimpinan besar di seluruh dunia, termasuk kepulangan bersejarah Donald Trump ke White House.
Putin sedia untuk berbincang atau bertemu dengan Trump
Bagaimanapun, Putin menjelaskan bahawa beliau tidak tahu bila pertemuan itu akan berlaku.
Trump saman akhbar Iowa, firma tinjauan dakwa campur tangan pilihan raya
Donald Trump memfailkan saman terhadap sebuah akhbar di Iowa dan firma tinjauan berhubung ramalan salah yang diterbitkan.
Badan Perwakilan Pemilih AS sahkan kemenangan Trump dalam pilihan raya 2024
Badan Perwakilan Pemilih Amerika Syarikat (US Electoral College) secara rasmi mengesahkan kemenangan Presiden terpilih Donald Trump dan Naib Presiden pilihan JD Vance, lapor Sputnik/RIA Novosti.