JAWATANKUASA Pengadil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah melantik pengadil perlawanan, S Logeswaran, bagi aksi final Piala Malaysia berdasarkan prestasi cemerlang dipamerkan beliau sepanjang musim 2023.
Untuk itu, Logeswaran dilantik sebagai pengadil utama perlawanan final Piala Malaysia antara Johor Darul Ta'zim (JDT) bertemu Terengganu FC yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) Jumaat lalu.
Dengan JDT muncul sebagai pemenang sekali gus mempertahankan gelaran bagi melengkapkan 'quadruple' berganda, ternyata mutu pengadilan yang dipamerkan sepanjang perlawanan mencetus rasa tidak puas hati oleh sebilangan besar yang menyaksikan perlawanan tersebut.
Bagaimanapun, FAM dalam satu kenyataan berkata pelantikan Logeswaran adalah berdasarkan prestasi beliau yang cukup baik sepanjang musim 2023.
"Berdasarkan situasi tersebut, pemilihan S Logeswaran dari Selangor telah dilakukan dengan rapi dan mendapat persetujuan Jawatankuasa Pengadil FAM selepas mengambil kira faktor beliau telah menunjukkan prestasi yang sangat baik di sepanjang Liga Malaysia 2023 mengikut laporan penilai pengadil, selain beliau adalah pengadil yang berkecuali," kata Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Noor Azman Hj Rahman.
"Logeswaran juga merupakan antara pengadil senior dalam saingan Liga Malaysia dengan beliau adalah Pengadil Kebangsaan Kategori A."
Dalam satu lagi isu berkaitan, FAM memaklumkan tidak menerima apa-apa maklumat berkaitan dakwaan teguran yang diberikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FIFA, Pierluigi Collina terhadap mutu pengadilan pada aksi final tersebut dan apa yang tular di media sosial itu adalah berita atau kenyataan palsu.
*Artikel asal yang disiarkan di Stadium Astro
Astro Arena
Mon Dec 11 2023

Menurut FAM, pemilihan S Logeswaran dari Selangor telah dilakukan dengan rapi dan mendapat persetujuan Jawatankuasa Pengadil FAM.- Foto Stadium Astro

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Final Piala Malaysia: Tunggu keputusan MFL
MFL akan membuat keputusan sama ada akan menukar vanue lain atau terus kekal menggunakan Stadium Nasional, Bukit Jalil untuk aksi final Piala Malaysia Jumaat ini.

Padang SNBJ sedia digunakan untuk final Piala Malaysia
Menurut Hannah Yeoh, Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) akan pastikan padang sudah tersedia untuk perlawanan nanti.

JDT mengaum... julang Piala Malaysia!
Aksi final di Stadium Nasional Bukit Jalil digamatkan lagi dengan sorakan puluhan ribu penyokong tegar daripada kedua-dua pasukan.

Limpahan rezeki peniaga sempena final Piala Malaysia
Bagi peniaga, peluang Kedah melayakkan ke pentas final dua kali pada tahun ini memberi limpahan rezeki berganda buat mereka.

Kedah tagih formula Aidil Sharin untuk final Piala Malaysia
Jurulatih dari Singapura itu dipercayai mempunyai idea dan formula terbaik untuk Kedah mengatasi JDT dalam perlawanan itu.

Kedah dan Johor terima 31,610 tiket final Piala Malaysia
Pengagihan jumlah tiket berkenaan termasuk 750 keping tiket kanak-kanak bagi setiap pasukan.