Jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak diyakini mempunyai ramuan tersendiri untuk memastikan skuad Lang Merah memberi tentangan sengit kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam aksi perlawanan akhir Piala Malaysia 2019 di Stadium Bukit Jalil, Sabtu ini.
Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Kedah, Mohd Asmirul Anuar Aris berkata walaupun dua tonggak utama pertahanan Kedah iaitu Mohd Rizal Ghazali dan Renan Alves tidak dapat beraksi, beliau optimis jurulatih dari Singapura itu mempunyai idea dan formula terbaik untuk Kedah mengatasi JDT dalam perlawanan itu.
"Dari segi persiapan saya rasa pemain sudah bersedia dan akan bermain bersungguh sungguh. Saya rasa Aidil mempunyai fomat sendiri seperti mana perlawanan final Piala FA bertemu Perak Julai lepas dengan meletakkan Amirul Hisham sebagai pengganti Renan.
"Kali ini saya tak pasti siapa akan menggantikan dua pemain itu, kita beri sokongan penuh kepada beliau untuk meletakkan sesiapa sahaja yang mempunyai semangat juang tinggi dan setaraf mereka," katanya kepada pemberita di sini, pada Selasa.
Renan Alves dan Mohd Rizal tidak dapat beraksi pada perlawanan Sabtu ini kerana digantung permainan selepas masing-masing mengutip dua kad kuning pada aksi suku akhir dan separuh akhir sebelum ini.
Mohd Asmirul juga berharap semua pemain dapat menunjukkan prestasi terbaik dan luar biasa pada pertemuan itu serta mempamerkan keyakinan diri selain mengikut setiap arahan taktikal yang direncanakan jurulatih.
Mengulas mengenai penjualan tiket perlawanan akhir itu untuk penyokong Kedah, Mohd Asmirul berkata, setiap individu dihadkan pembelian tiga keping tiket sahaja yang akan dijual di kaunter Stadium Darul Aman pada Khamis ini.
Sebanyak 26,610 keping tiket akan dijual mulai 10.30 pagi di mana daripada jumlah itu 25,860 adalah tiket dewasa berharga RM50 dan 750 keping tiket pula untuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah yang berharga RM5.
"Penyokong juga dinasihatkan agar mendapatkan tiket terus dari kaunter jualan atau secara dalam talian dan tidak melalui pihak ketiga bagi mengelak ditipu.
"Mereka juga tidak perlu datang awal dan tidur di persekitaran stadium untuk mendapatkan tiket kerana jumlah tiket kali ini mencukupi," katanya.
Kedah melangkah ke pentas akhir Piala Malaysia menerusi kelebihan gol di tempat lawan selepas mencatat keputusan agregat 8-8 menewaskan Pahang pada peringkat separuh akhir.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 29 2019
Aidil Sharin (kiri) dipercayai mempunyai idea dan formula terbaik untuk Kedah dalam babak final Sabtu ini.
PAC jadual lima prosiding baharu sempena sidang Parlimen - Mas Ermieyati
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) menjadualkan prosiding lima isu baharu sempena sidang Parlimen yang akan bermula minggu depan, kata Pengerusinya, Mas Ermieyati.
Perintah gaji minimum RM1,700 berkuat kuasa hari ini
Semua majikan wajib patuhi Perintah Gaji Minimum dan memastikan pekerja mereka menerima gaji pokok tidak kurang daripada RM1,700 sebulan.
JDT bakal uji PSG
Malah, Pemangku Sultan Johor itu juga tidak menolak kemungkinan perlawanan menentang PSG berlangsung pada 2025 atau 2026.
Perpaduan, nilai kekeluargaan teras kemajuan Wilayah Persekutuan - Zaliha
Wilayah Persekutuan bukan sekadar tempat tinggal malah menjadi tempat bagi pelbagai lapisan masyarakat untuk membina impian dan mencipta kenangan bersama
.
.
Kadar gaji minimum RM 1,700 mulai 1 Februari 2025
Berkuat kuasa hari ini, kadar gaji minimum daripada RM1,500 kepada RM1,700 sebulan kepada semua pekerja.
Citaglobal beli tanah di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pada harga RM73 juta
Citaglobal beli sebidang tanah seluas 6,410 meter persegi (0.63 hektar) di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pada harga RM73 juta.
China tuntut AS siasat nahas udara di Washington
China menuntut Amerika Syarikat (AS) menyiasat insiden nahas udara berhampiran Washington, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 67 nyawa, Rabu lalu.
Trump sokong usaha Kongres gubal undang-undang transgender
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, akan menyokong usaha Kongres menggubal undang-undang berkaitan transgender.
Trump mahu kenakan tarif import Kanada, Mexico bermula hari ini
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, sahkan akan meneruskan ancamannya untuk mengenakan tarif sempadan sebanyak 25 peratus ke atas import dari Kanada dan Mexico mulai Sabtu.
Netanyahu akan bertemu Trump di Washington D.C
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, akan berada di Washington D.C. pada Selasa bagi mengadakan mesyuarat kerja dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
JDT-KCFC: Bidoglio tidak puas hati prestasi anak buah
Beliau berkata para pemain tidak memberikan prestasi sepenuhnya, dan mereka perlu memperbaikinya.
Khairul Azman ucap selamat tinggal buat KDA FC
Khairul Azman merupakan individu kedua melangkah keluar dari kelab itu selepas bekas pengendali Aidil Sharin Sahak pada Isnin.
KDA FC umum penamatan khidmat ketua jurulatih Aidil Sharin
Ahli lembaga pengarah kelab memberi keutamaan kepada perancangan bagi musim 2023.
Penalti diperoleh JDT lemahkan moral pemain KDA FC - Aidil Sharin
Sepakan penalti dan kesilapan pemain pertahanan yang menghadiahkan gol mudah kepada JDT dilihat menjadi faktor KDA FC gagal meraih mata.
Pemain KDA FC perlu belajar dari kesilapan - Ketua Jurulatih
Pemain perlu memanfaatkan setiap peluang yang terhidang dan tidak mensia-siakannya.
Liga Super: Kesempatan Kedah Darul Aman turunkan lima import sekali gus
Selangor dianggap mempunyai motivasi terbaik selepas menundukkan Sabah di laman lawan.
Aidil Sharin puji persembahan anak buah benam Sarawak United
Walaupun tanpa kehadiran beberapa pemain utama, pasukannya masih berjaya mengawal perlawanan dengan baik.
Aidil Sharin puas hati persembahan pemain muda KDA FC
Walaupun tanpa kesebelasan utama dan pemain import, pemain muda yang diturunkan berjaya melaksanakan tugas dengan cemerlang.
Syafiq Ahmad kembali sarung jersi Kedah
Ia mampu beri kekuatan baharu dalam corak serangan skuad Hijau Kuning bagi menempuhi saingan Liga Malaysia dan Piala AFC musim depan.
Pasukan KDA FC punyai semangat juang begitu tinggi - Sanusi
Presiden KFA Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata beliau berbangga dengan persembahan dipamerkan anak buah ketua jurulatih KDA FC Aidil Sharin Sahak.