Beliau berkata para pemain tidak memberikan prestasi sepenuhnya, dan mereka perlu perbaikinya kerana selepas ini JDT akan menghadapi perlawanan kedua Kumpulan A Liga Juara-Juara Asia (ACL) Elite 2024/2025 mereka bertemu Shanghai Shenhua FC, di Stadium Sultan Ibrahim pada 1 Okt.
"Mungkin fokus mereka pada perlawanan penting itu (bertemu Shanhai Shenhua FC), namun pada padangan saya, kita perlu fokus pada semua perlawanan.
"Kami perlu memperbaikinya...Saya tahu apa yang perlu kami perbaiki dalam serangan dan kami perlu kompak ketika bergerak untuk bertahan," katanya selepas perlawanan menentang KCFC di Stadium Sultan Ibrahim di sini semalam.
Sementara itu Ketua Jurulatih KCFC Aidil Sharin Sahak memuji anak buahnya kerana memberikan tentangan hebat kepada Harimau Selatan itu.
"Saya rasa pasukan saya lakukan yang terbaik. Kami berjaya elakkan dari bolos pada separuh masa pertama... tetapi pada separuh masa kedua kami hilang konsenstrasi sedikit dan bolos satu gol awal, dan kemudiannya gol kedua.
"Pemain telah berikan segalanya dan saya gembira untuk lihat mereka bemain dengan baik, ketika berhadapan pasukan seperti JDT," katanya.
Perlawanan malam tadi menyaksikan JDT terpaksa bekerja keras sebelum menang 2-1 menentang KCFC, dengan gol dijaringkan Bergson Da Silva pada minit ke-48 dan Juan Muniz Gallego (minit ke-81), manakala gol KCFC dijaringkan Luiz Fernando Barnaske Wleter (minit ke-83).
-- BERNAMA