ALOR SETAR: Ketua jurulatih Kedah Darul Aman (KDA) FC Aidil Sharin Sahak berpuas hati dengan persembahan pasukannya yang berjaya melangkah ke pusingan kedua Piala FA selepas menewaskan Sains FC dalam aksi di Stadium Darul Aman, di sini malam tadi.
Katanya, walaupun tanpa kesebelasan utama dan pemain import, barisan pemain muda yang diturunkan berjaya melaksanakan tugas yang dirancang dengan cemerlang.
"Bersyukur menang malam ini (malam tadi), ia dirancang dengan baik buat pasukan (yang) bermain tanpa kesebelasan utama dan import, bagi memberi peluang pemain tempatan bermain dan menunjukkan kualiti bermain.
"Sebab kami mempunyai ramai pemain muda yang ada keinginan untuk bermain dalam kesebelasan utama, (perlawanan) ini memberi pendedahan dan pengalaman kepada pemain dan baik untuk pasukan," katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan yang menyaksikan KDA FC menewaskan Sains FC 4-0, malam tadi.
Aidil Sharin turut memuji dua pemainnya Mohammad Fayadh Mohd Zulkifli Amin dan Mohamad Amer Azahar yang masing-masing meledak dua gol pada perlawanan itu dan berharap prestasi mereka terus meningkat.
BACA: Piala FA: Kedah sukar digugat, mara ke pusingan kedua
Sementara itu, ketua jurulatih Sains FC Leong Hong Seng mengucapkan syabas kepada Kedah yang menurunkan keseluruhan pemain tempatan sekali gus membolehkan pasukannya sedikit sebanyak bersaing dalam perlawanan malam tadi.
"Tapi pengalaman dan kualiti pemain yang ada pada Kedah menjadi penentu keputusan malam ini kerana rata-rata pemain kita adalah kakitangan Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains), manakala Kedah mempunyai fasiliti lengkap," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 13 2022

KDA FC berjaya melangkah ke pusingan kedua Piala FA selepas menewaskan Sains FC dalam aksi di Stadium Darul Aman, Alor Setar, malam tadi. - Foto Facebook Kedah Darul Aman FC

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

'Sampai bila Kedah FC nak berhutang, pemain ada anak bini nak tanggung'
Miza mendakwa suaminya sudah tidak menerima gaji selama sembilan bulam dan meminta kelab ditutup jika sudah tidak mempunyai kewangan.

Liga Super: PDRM belasah KDN 5-0
Ifedayo tunjuk taring dengan menjaringkan tiga gol pada babak pertama sebelum Muhammad Shahrel Fikri meledak dua jaringan pada babak kedua.

'Apa lagi yang saya perlu minta daripada pemain' - Victor
Victor berkata, pemain KDA FC telah berikan segalanya untuk membantu pasukan dalam perlawanan tersebut dan ia adalah satu kepuasan buat dirinya.

Video lelaki menyerupai wanita didakwa memalukan bola sepak Kedah
KDA FC perlu memberikan penjelasan berhubung video promosi yang memaparkan pempengaruh seorang lelaki menyerupai wanita dalam kempen menarik penyokong hadir.

Pemilik majoriti alu-alukan hasrat syarikat global mahu beli KDA FC
Beliau berkata kesediaan dan keberanian syarikat itu untuk membeli keseluruhan pegangan saham KDA FC amat dihargai.

Nafuzi bangga dengan sikap pemainnya biarpun menghadapi masalah dalaman
Kesungguhan dan komitmen pemain sepanjang perlawanan membuktikan kasih sayang mereka terhadap pasukan, penyokong dan negeri Kedah.

Liga Super: NSFC ikat Kedah 2-2
Selepas tiga kekalahan berturut-turut, akhirnya skuad bimbingan K Nanthakumar kembali bangkit untuk membawa pulang satu mata.

Kedah selamat, kekal beraksi dalam saingan Liga Super
Kedah Darul Aman FC berjaya menyelesaikan tunggakan gaji bagi tahun 2023 sekali gus dibenarkan beraksi dalam saingan Liga Super musim ini.

Kedah pelawa pihak berminat bantu, taja KDA FC
Kerajaan negeri Kedah mempelawa pihak berminat membantu atau menaja pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) yang kini sedang berhadapan dengan masalah kewangan.

MFL minta maklumat tambahan dari Kedah
Pasukan Kedah Darul Aman FC diminta menyerahkan maklumat tambahan kepada Liga Bolasepak Malaysia (MFL) sebelum sebarang keputusan dibuat.