ALOR SETAR: Kerajaan negeri Kedah mempelawa pihak berminat membantu atau menaja pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) yang kini sedang berhadapan dengan masalah kewangan.
Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan dan Kos Sara Hidup, Belia dan Sukan Kedah Muhammad Radhi Mat Din berkata kerajaan negeri mempunyai beberapa kekangan untuk membantu pasukan bola sepak itu yang telah diswastakan pada tahun lepas.
"Isu mengenai KDA FC ini memang telah lama dibangkitkan, kita dimaklumkan ada pemain yang terpaksa membuat kerja sampingan kerana tidak mendapat gaji berikutan masalah kewangan yang sedang dihadapi kelab itu.
"Dulu, isu ini adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri tetapi saya yakin isu ini dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat dan dilakukan dengan baik. Sekiranya ada pihak yang ada hati untuk melihat pasukan Kedah bangun semula, bangunkanlah," katanya pada sesi penggulungan perbahasan usul menjunjung kasih titah Sultan Kedah di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah di sini, hari ini.
Semalam, Loh Wei Chai (PH-Bakar Arang) semasa membahas usul itu membangkitkan persoalan tentang usaha kerajaan negeri dalam membantu pasukan bola sepak Kedah yang sedang berhadapan dengan masalah dana sehingga menyebabkan gaji pemain tertunggak.
Muhammad Radhi berkata walaupun KDA FC sedang menghadapi isu kewangan, perkembangan pasukan itu terus menunjukkan petanda positif apabila telah memulakan sesi latihan sejak semalam.
Pasukan KDA FC memulakan sesi latihan pramusim semalam dengan penampilan empat pemain baharu iaitu Syafiq Ahmad, Rizal Ghazali, Irfan Zakaria dan Zamri Pin serta penyelaras pasukan yang baharu iaitu Ahmad Fauzi Saari.
Sebelum ini, KDA FC dalam satu kenyataan memaklumkan persiapan pasukan itu bagi musim Liga Malaysia (Liga-M) 2024-2025 sudah mencapai tahap 85 peratus, bagaimanapun langkah seterusnya bergantung kepada penyelesaian tunggakan kewangan 2023.
KDA FC turut memaklumkan segala pengumuman berkaitan pasukan serta penajaan hanya akan dilakukan selepas isu tunggakan kewangan tahun lepas diselesaikan dan pengurusan KDA FC yang diketuai Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar telah mendapat kelulusan pembiayaian dana daripada institusi tertentu bagi menyelesaikan tunggakan, namun dana tersebut hanya akan ditunaikan seawal April.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 06 2024
![Kedah pelawa pihak berminat bantu, taja KDA FC Kedah pelawa pihak berminat bantu, taja KDA FC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/41665421303_KDAFC.jpg)
Kerajaan negeri Kedah mempelawa pihak berminat membantu atau menaja pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) yang kini sedang berhadapan dengan masalah kewangan.
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
Dua polis parah, seorang suspek maut
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata melalui siasatan awal, pihaknya mendapati dua anggota polis berkenaan sedang dalam tugasan rondaan dan cuba menahan kereta dinaiki suspek, untuk tujuan pemeriksaan.
![Arca Buddha di Bukit Choras, Kedah lebih tua dari Angkor Wat Arca Buddha di Bukit Choras, Kedah lebih tua dari Angkor Wat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719392117_arca.jpg)
Arca Buddha di Bukit Choras, Kedah lebih tua dari Angkor Wat
Arca Buddha berbentuk manusia dari abad kelapan hingga kesembilan di kawasan Tapak Warisan Arkeologi Bukit Choras, Yan, lebih tua berbanding Angkor Wat di Kemboja dan Borobudur di Indonesia.
![105 kes jangkitan kencing tikus dicatat di Kedah 105 kes jangkitan kencing tikus dicatat di Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718972015_TBKENCINGTIKUS.jpg)
105 kes jangkitan kencing tikus dicatat di Kedah
Sebanyak 105 kes jangkitan kencing tikus atau leptospirosis telah dicatatkan di Kedah dari 1 Jan hingga 8 Jun lepas dengan satu kematian direkodkan.
![Banjir kilat di Perak dan Kedah, 615 mangsa masih berlindung di PPS Banjir kilat di Perak dan Kedah, 615 mangsa masih berlindung di PPS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81705586530_BanjirBukitRaja.jpg)
Banjir kilat di Perak dan Kedah, 615 mangsa masih berlindung di PPS
Keseluruhan mangsa yang masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri itu adalah sebanyak 615 orang setakat petang ini.
![Banjir kilat: 133 mangsa dipindahkan ke dua PPS di Kedah Banjir kilat: 133 mangsa dipindahkan ke dua PPS di Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715906039_KEDAH.jpg)
Banjir kilat: 133 mangsa dipindahkan ke dua PPS di Kedah
Semua mangsa yang dipindahkan melibatkan 31 keluarga iaitu di daerah Kulim dan Bandar Baharu dipindahkan sejak jam 4 pagi tadi.
![Projek pembangunan: Kedah rakam penghargaan maklum balas baik PM, ada kelulusan segera Projek pembangunan: Kedah rakam penghargaan maklum balas baik PM, ada kelulusan segera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61714832418_SanusiAnwarIbrahi.jpg)
Projek pembangunan: Kedah rakam penghargaan maklum balas baik PM, ada kelulusan segera
Muhammad Sanusi berkata sebanyak lapan projek dikemukakan untuk persetujuan Kerajaan Persekutuan selain berbelas lagi dimasukkan ke dalam senarai.
![Muhammad Sanusi mohon maaf atas keterlanjuran kata Muhammad Sanusi mohon maaf atas keterlanjuran kata](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71714832473_SanusiAnwarIbrahi.jpg)
Muhammad Sanusi mohon maaf atas keterlanjuran kata
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor meminta maaf sekiranya ada memberi ucapan yang kurang sesuai dalam konteks hubungan sesama manusia (hablumminannas).
![Tiada keperluan mendesak bina LRT di Langkawi - Mahfuz Tiada keperluan mendesak bina LRT di Langkawi - Mahfuz](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714475112_MahfuzOmar.jpg)
Tiada keperluan mendesak bina LRT di Langkawi - Mahfuz
Tiada keperluan mendesak untuk membina Transit Aliran Ringan (LRT) di Langkawi dan kerajaan Kedah sepatutnya memberi keutamaan kepada isu rakyat yang lain.
![KEDA berhasrat tanam padi wangi, padi huma tahun ini KEDA berhasrat tanam padi wangi, padi huma tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51714303933_TBPADIBERNAMA.jpg)
KEDA berhasrat tanam padi wangi, padi huma tahun ini
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) berhasrat membangunkan tanaman padi wangi dan padi huma di beberapa kawasan pertanian dalam wilayahnya, tahun ini.
![Bomba Kedah kenal pasti 10 lokasi panas kes lemas Bomba Kedah kenal pasti 10 lokasi panas kes lemas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41711461183_AwangHidzelAwangB.jpg)
Bomba Kedah kenal pasti 10 lokasi panas kes lemas
Ia membabitkan tiga kawasan pantai dan tujuh kawasan sungai dan air terjun yang sering menjadi tumpuan ramai terutama pada musim perayaan.
![Air terjun Titi Hayun kering-kontang Air terjun Titi Hayun kering-kontang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710898410_TBAirterjunjpg.jpg)
Air terjun Titi Hayun kering-kontang
Ini menyebabkan kawasan peranginan Titi Hayun semakin hilang seri apabila tiada lagi kedengaran bunyi deruan air terjun seperti biasa.