Selepas tiga kekalahan berturut-turut, akhirnya skuad dibimbing oleh ketua kurulatih baharu K. Nanthakumar kembali bangkit untuk membawa pulang satu mata selepas enam kekalahan dan satu kemenangan dalam lapan perlawanan setakat ini.
Babak pertama perlawanan menyaksikan pasukan pelawat terlebih dahulu di depan menerusi tandukan Jacque Faye selepas menerima hantaran sepakan sudut Takumi Sasaki pada masa kecederaan.
Bersambung babak kedua perlawanan, Kedah beraksi lebih agresif dan bertenaga dengan beberapa percubaan akhirnya membuahkan hasil apabila Sony Norde merembat deras jaringan selepas menggelecek beberapa pemain pertahanan pada minit ke-52.
Kedah kembali mendahului 2-1 apabila Jose Cleyton menanduk bola ke dalam gawang pada minit ke-61 namun NSFC berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-78 apabila Faye sekali lagi berjaya menghidu peluang dengan jaringan kedua pelawat menjadikan kedudukan 2-2.
Keputusan itu menyaksikan KDA FC di tangga kelapan (lapan mata) manakala NSFC di tangga ke-12 (empat mata) carta liga.
-- BERNAMA