JURULATIH penjaga gol berpengalaman, Khairul Azman Mohamed mengambil keputusan membawa haluan baharu selepas menabur jasa dan bakti bersama Kedah Darul Aman FC (KDA FC) sebelum ini.
Bekas penjaga gol Pahang, Sabah dan skuad kebangsaan berusia 54 tahun itu mengambil keputusan berkenaan selepas menabur bakti bersama Hijau Kuning sejak saingan musim 2021.
"Pengurusan KDA FC mencapai persetujuan bersama untuk meneruskan haluan berbeza dengan Khairul Azman Mohamed, jurulatih penjaga gol KDA FC berkuat kuasa hari ini.
"Keputusan ini diambil atas pilihan beliau yang turut mengambil langkah seiring pengemudi pasukan sebelum ini, Aidil Sharin Sahak.
"Kami berharap dengan pengorbanan dilakukan dapat memberi angin baharu kepada penggantinya dalam meniup semangat para pemain Hijau Kuning untuk berjuang dalam aksi Piala Malaysia 2022.
"Khairul Azman yang mesra dipanggil Bro, merupakan bekas penjaga gol kebangsaan berpengalaman di posisi tersebut.
"Diserap dalam barisan kejurulatihan Sang Kenari sejak musim lalu dan bergandingan dengan Aidil Sharin sehingga muncul naib juara Liga Super 2021 seterusnya beraksi di Piala AFC tahun ini sehingga layak ke peringkat separuh akhir Zon ASEAN," menurut kenyataan KDA FC di laman media sosialnya pada Rabu.
Khairul Azman, merupakan individu kedua melangkah keluar dari kelab itu selepas bekas pengendali Aidil Sharin Sahak pada Isnin.
Tanggungjawab Khairul Azman kini digalas penolong jurulatih penjaga gol Kedah, Abd Hadi Hamid bagi memantapkan persiapan pasukan menjelang sepak mula perlawanan timbal balik pertama pusingan 16 Piala Malaysia 2022 menentang Negeri Sembilan FC di Alor Setar pada Sabtu.
"Juga dimaklumkan bahawa Khairul Azman dikatakan bakal mengambil keputusan untuk bersara dari tugas kejurulatihannya selepas segala ilmu dicurahkan untuk skuad Kedah bermula musim 2021 lalu, yang sebelum itu pernah menabur bakti dengan Sabah FA pada 2009 dan Johor Darul Tazim (JDT) pada 2013.
"Beliau turut menyatakan Sang Kenari adalah pasukan terakhir dan akan bersara dari kerjaya professional dalam dunia bola sepak," kongsi kenyataan itu lagi. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Oct 20 2022

Pengurusan KDA FC mencapai persetujuan bersama untuk meneruskan haluan berbeza dengan Khairul Azman berkuat kuasa semalam. - Foto Facebook Kedah Darul Aman FC

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.

Khairul Azman-Aidil Sharin kembali bergabung di Kuching City
Khairul Azman Mohamed, kembali melanjutkan kariernya dalam bola sepak apabila bersetuju menyertai Kuching City sebagai jurulatih penjaga gol.

Khairul Azman ucap selamat tinggal buat KDA FC
Khairul Azman merupakan individu kedua melangkah keluar dari kelab itu selepas bekas pengendali Aidil Sharin Sahak pada Isnin.