ALOR SETAR: Kedah Darul Aman FC (KDA FC) semalam mengumumkan penamatan khidmat Aidil Sharin Sahak sebagai ketua jurulatih kelab bola sepak itu berkuat kuasa serta-merta.
Ketua Pegawai Eksekutif KDA FC Khamal Idris Ali berkata ahli lembaga pengarah kelab memberi keutamaan kepada perancangan bagi musim 2023 dan mengumumkan untuk membawa haluan berbeza dengan Aidil Sharin bagi baki saingan Liga Malaysia musim ini.
"KDA FC merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala sumbangan khidmat Aidil Sharin sepanjang tempoh empat tahun di bumi Jelapang Padi.
"KDA FC mengucapkan selamat maju jaya dengan kerjaya kejurulatihannya di masa hadapan dan percaya pengalaman kejurulatihan itu cukup berharga bagi mana-mana kelab di peringkat liga domestik dan ASEAN," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Sepanjang tempoh empat musim membimbing pasukan itu, Aidil Sharin telah mencatatkan beberapa kejayaan antaranya Juara Piala FA 2019, Naib Juara Piala Malaysia 2019, Naib Juara Liga Super 2020 dan 2021 serta layak ke peringkat separuh akhir Zon ASEAN Piala AFC 2022.
Beliau juga telah membawa KDA FC tiga tahun berturut-turut ke pentas Asia dengan layak ke perlawanan play-off Liga Juara-Juara AFC 2020 dan saingan Piala AFC pada 2021 dan tahun ini.
Sementara itu, Khamal Idris berkata Penolong Ketua Jurulatih Victor Andrag akan berkhidmat sebagai Pemangku Ketua Jurulatih (interim) KDA FC untuk baki saingan Liga Malaysia.
Mengikut jadual, KDA FC akan mengharungi kejohanan Piala Malaysia bermula minggu depan menentang Negeri Sembilan FC di Stadium Darul Aman, sebelum bertandang ke gelanggang lawan pada minggu berikutnya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 17 2022

Aidil Sharin Sahak. - Gambar fail

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.

Victor Andrag harap rentak kemenangan KDA FC berterusan
Ketua Jurulatih Interim Kedah Darul Aman (KDA) FC Victor Andrag berharap rentak kemenangan pasukannya akan berterusan di sebalik isu tunggakan gaji yang dihadapi.

'Sampai bila Kedah FC nak berhutang, pemain ada anak bini nak tanggung'
Miza mendakwa suaminya sudah tidak menerima gaji selama sembilan bulam dan meminta kelab ditutup jika sudah tidak mempunyai kewangan.

Victor harap khabar angin KDA FC bakal disingkir dari Liga Super tidak benar
Andrag berharap khabar angin yang mengatakan pasukan itu bakal disingkirkan dari Liga Super ekoran masalah yang dihadapi, tidak benar.

Nafuzi sah tinggalkan KDA FC
Kedah Darul Aman (KDA) FC mengesahkan bahawa pihak pengurusan kelab itu telah menerima permohonan peletakan jawatan daripada Ketua Jurulatih Mohd Nafuzi Zain, hari ini.

Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.

Kedah henti perbincangan jual 100 peratus saham dengan Mahsuri Medical Centre
KDA FC memaklumkan bahawa kelab itu telah membuat keputusan untuk menghentikan perbincangan penjualaan 100 peratus saham mereka dengan Mahsuri Medical Centre.

Penyokong diminta faham situasi pasukan KDA FC
Mohd Nafuzi Zain memohon agar penyokong dan peminat memahami keadaan pasukan serta menerima keputusan yang memihak kepada Selangor FC.

Pemilik majoriti alu-alukan hasrat syarikat global mahu beli KDA FC
Beliau berkata kesediaan dan keberanian syarikat itu untuk membeli keseluruhan pegangan saham KDA FC amat dihargai.

Nafuzi bangga KDA FC raih tiga mata walau pasukan dilanda kemelut
Ketua Jurulatih KDA FC Mohd Nafuzi Zain, meluahkan rasa bangga dengan persembahan pasukannya yang berjaya menewaskan Terengganu FC.

KFA sentiasa berusaha bantu selesai isu kewangan KDA FC
Kerajaan Kedah sangkal dakwaan kononnya mengambil sikap lepas tangan dan tidak membantu KDA FC yang menghadapi masalah kewangan.