Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) dan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) masing-masing menerima sejumlah 31,610 keping tiket untuk aksi final Piala Malaysia 2019 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.
Pengagihan jumlah tiket berkenaan termasuk 750 keping tiket kanak-kanak bagi setiap pasukan berkenaan diputuskan selepas mesyuarat penyelarasan final Piala Malaysia 2019 di Ibu Pejabat Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Setiausaha Eksekutif KFA, Shahrul Shamsudin, berkata pihaknya akan menjual 26,610 tiket termasuk 750 tiket kanak-kanak kepada penyokong Kedah di kaunter tiket perkarangan Stadium Darul Aman, Alor Setar, Khamis ini.
Sejumlah 5,000 lagi tiket akan dijual secara dalam talian kepada penyokong Kedah tidak termasuk bagi kategori tempat duduk RM80, RM100 dan RM150.
"Kami sudah menambah baik sistem penjualan di kaunter tiket yang saya rasa lebih efisien serta memudahkan penyokong kerana mereka hanya perlu datang ke satu tempat untuk mendapatkan tiket final.
"Sebanyak 5,000 tiket berharga RM50 diperuntukkan kepada penyokong Kedah akan mula dijual bermula Rabu ini, " kata Shahrul kepada media selepas mesyuarat pelarasan itu.
Dalam pada itu, Setiausaha Kehormat PBNJ, Kapten Mohd Anizam Jamian berkata, mereka akan membuat pengagihan penjualan tiket sebanyak 26,610 keping kepada 10 daerah di negeri Johor.
Beliau berkata sebahagian daripada tiket berkenaan akan turut dijual di kaunter Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pada Khamis ini.
"Ini memberi kemudahan kepada penyokong JDT di setiap tempat bagi mendapatkan tiket perlawanan akhir Piala Malaysia dan selepas membuat pecahan, selebihnya kami akan jual di Larkin," kata Mohd Anizam.
Beliau pada masa turut optimis kesemua 31,610 keping tiket termasuk 5,000 keping tiket yang dijual secara dalam talian akan habis terjual kepada penyokong JDT.
Mesyuarat berkenaan turut memutuskan bahawa KFA dan PBNJ masing-masing turut diperuntukkan sejumlah 4,969 keping tiket berharga RM80, 2,621 keping tiket berharga RM100 dan sejumlah 550 keping tiket berharga RM150 yang akan dijual secara dalam talian.
Skuad Johor Daul Ta'zim (JDT) mara ke final selepas mencatat kemenangan agregat 5-1 ke atas Selangor, manakala Kedah layak menerusi peraturan gol di tempat lawan selepas terikat 8-8 secara agregat dengan Pahang.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 28 2019

Sudahkah bersedia untuk aksi final Piala Malaysia 2019 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini?

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

ADUN Ayer Kuning meninggal dunia selepas bermain bola sepak
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning, Ishsam Shahruddin, 58, meninggal dunia selepas bermain bola sepak di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, petang tadi.

ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia huni tangga kelima Asia Timur, ke-10 seluruh Asia
Kemenangan tempoh hari membenarkan mereka menjadi tunjang buat negara Malaysia untuk mempamerkan peningkatan di pentas Asia.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang

Penyertaan bekas pemain dalam FAM mampu pacu pembaharuan - Jamal Nasir
Legenda bola sepak negara Datuk Jamal Nasir Ismail menyifatkan pemilihan dua bekas pemain kebangsaan dalam kepimpinan baharu FAM sebagai perkembangan positif kepada sukan itu.

Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.

KL City kutip tiga mata tewaskan TFC di laman sendiri
Kuala Lumpur City FC (KL City FC) berjaya mengutip tiga mata penuh selepas menewaskan Terengganu FC (TFC) 2-1 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) malam ini.

Perodua sedia jadi penaja acara sukan termasuk bola sepak
Asmat berkata ini sebahagian daripada usaha untuk penglibatan yang lebih meluas dalam dunia sukan.