LIGA Bola Sepak Malaysia (MFL) akan membuat keputusan sama ada akan menukar vanue lain atau terus kekal menggunakan Stadium Nasional, Bukit Jalil untuk aksi final Piala Malaysia Jumaat ini.
Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Stuart Ramalingam berkata, badan pentadbir liga itu akan melihat terlebih dahulu keadaan padang stadium tersebut.
“Kita akan mengadakan pemeriksaan terlebih dahulu terhadap padang Stadium Nasional dan akan memaklumkan tindakan lanjut kemudian," katanya.
Pada Isnin, pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim memuat naik gambar keadaan terkini Stadium Nasional yang dalam proses baik pulih selepas rosak angkara konsert Cold Play baru-baru ini.
Ia sekali gus menimbulkan tanda tanya sama ada padang tersebut boleh bersedia sepenuhnya digunakan untuk aksi JDT bertemu Terengganu FC kerana masih rosak di beberapa bahagian padang.
Berbaki tiga hari sebelum aksi final itu, ramai berpendapat rumput di stadium tersebut tidak akan bersedia 100 peratus dan pada masa sama amat mustahil untuk menukar venue perlawanan.
Setakat ini, pihak Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan susulan keadaan terkini padang Stadium Nasional itu. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Dec 05 2023

TMJ beberapa hari lalu memuat naik gambar keadaan terkini Stadium Nasional yang dalam proses baik pulih selepas rosak angkara konsert Cold Play baru-baru ini. - Gambar/ IG @hrhcrownprinceofjohor

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

PSM adakan mesyuarat pascanilai padang SNBJ awal minggu depan
Perbadanan Stadium Malaysia bakal mengadakan mesyuarat pascanilai (post-mortem) berkenaan isu padang SNBJ pada awal minggu hadapan.

Padang Stadium Nasional Bukit Jalil masih rosak
Rakaman dron menunjukkan keadaan terkini padang tersebut pada Sabtu masih rosak, bertompok dan berpasir pada beberapa bahagian rumput.

Menjelang konsert Ed Sheeran, ini keadaan permukaan padang SNBJ
Permukaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) sekali lagi digunakan sebagai penganjuran konsert artis antarabangsa, Ed Sheeran di stadium terbabit, hari ini.

KBS selesai buat pascanilai isu kerosakan padang SNBJ - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan selesai lakukan pascanilai berhubung keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil, yang dilaporkan rosak.

Isu padang stadium rosak: KBS keluarkan kenyataan minggu depan
Keadaan padang stadium itu tidak banyak berubah dengan terdapat kawasan terjejas teruk hingga memperlihatkan rumput masih kuning dan berpasir.

PSM harus peka, ambil iktibar insiden padang rosak
PSM perlu mengambil iktibar susulan insiden padang rosak di Stadium Nasional Bukit Jalil sempena aksi final Piala Malaysia pada Jumaat.

Padang Stadium Nasional Bukit Jalil menyakitkan mata
Padang Stadium Nasional Bukit Jalil terus menjadi perhatian penyokong bola sepak menjelang aksi final Piala Malaysia antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Terengganu FC (TFC).

Final Piala Malaysia: Tunggu keputusan MFL
MFL akan membuat keputusan sama ada akan menukar vanue lain atau terus kekal menggunakan Stadium Nasional, Bukit Jalil untuk aksi final Piala Malaysia Jumaat ini.

Padang SNBJ rosak, Instagram Hans Isaac 'diserang' peminat
PEMINAT bola sepak negara menggesa Hans Issac membaik pulih padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) yang telah rosak.

Padang SNBJ sedia digunakan untuk final Piala Malaysia
Menurut Hannah Yeoh, Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) akan pastikan padang sudah tersedia untuk perlawanan nanti.