PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) menafikan desas-desus mengatakan bekas bintang sensasi bola sepak Jepun, Keisuke Honda akan mengemudi skuad bola sepak bawah 23 tahun (B-23).
Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman berkata, Honda tidak berada dalam perancangan badan induk bola sepak negara itu.
"Tiada. Bukan dia (yang akan mengendalikan skuad Harimau Muda)," katanya selepas Majlis Pelancaran Karnival Uniti Pestabola Merdeka di Lobi Bangunan Kementerian Perpaduan Negara di Putrajaya pada Rabu.
Sebelum ini, Honda memuat naik di laman Instagramnya sudah sampai di Malaysia dan teruja untuk mempelajari sesuatu yang baharu.
Ia sekali gus menimbulkan andaian dalam kalangan peminat bola sepak negara kemungkinan Honda juga tersenarai antara calon untuk mengemudi skuad muda negara.
Honda juga pernah mengendalikan skuad kebangsaan Kemboja dan melepaskan jawatannya itu selepas keputusan mengecewakan di Sukan SEA lalu.
Dalam pada itu, Noor Azman juga enggan mendedahkan lebih lanjut mengenai calon pengendali skuad B-23 negara selain meminta peminat menunggu kenyataan rasmi yang akan dikeluarkan nanti.
Beliau turut mengakui pengendali Harimau Muda yang baharu nanti perlu mengemudi pasukan selari dengan corak permainan skuad senior negara.
"Kita tunggu pengendali baharu yang akan diumumkan nanti. Kena sama (corak permainan dengan pasukan senior negara)," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Sep 27 2023

FAM berkata, Honda tidak berada dalam perancangan badan induk bola sepak negara itu. - Gambar/ Sinar Harian

Tekanan hutang dorong lelaki samun kedai emas - Polis
Hasil soal siasat terhadap lelaki berusia 32 tahun itu yang bekerja sebagai polis bantuan di sebuah syarikat utiliti di negeri ini mendapati dia mempunyai hutang hampir RM20,000 yang perlu dilunaskan.
Suami isteri ditahan bersama botol berisi dipercayai dadah
Suami isteri ditahan ketika cuba menghantar cecair dipercayai dadah jenis Methamphetane, untuk bekalan luar negara dalam serbuan di sebuah stesen minyak.
Ismail Sabri rakam keterangan 5 jam, ucap selamat hari raya
Ismail Sabri selesai merakam keterangan untuk hari keenam di Ibu Pejabat SPRM selepas 5 jam.
Ismail Sabri ketika meninggalkan Ibu Pejabat SPRM sempat menurunkan tingkap kereta untuk menyantuni kumpulan wartawan.
Ismail Sabri ketika meninggalkan Ibu Pejabat SPRM sempat menurunkan tingkap kereta untuk menyantuni kumpulan wartawan.
Sindiket penyeludupan dadah ke Indonesia tumpas
Dua sindiket penyeludupan dan pengedaran pelbagai jenis dadah bernilai RM6.6 juta, tumpas dalam empat siri serbuan pada Sabtu dan Ahad.
[TERKINI] Bantuan khas kewangan RM500 kepada lebih 14,000 penjawat awam Terengganu
Kerajaan membiayai Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) RM500 kepada lebih 14,000 penjawat awam kerajaan negeri Terengganu.

Aidilfitri: Penjawat awam Terengganu terima RM500 daripada Kerajaan MADANI
Kerajaan MADANI bersetuju membiayai Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) sebanyak RM500 kepada lebih 14,000 penjawat awam Kerajaan Negeri Terengganu.

1,482 kanak-kanak mendaftar di 71 buah sekolah Orang Asli
Sebanyak 1,482 kanak-kanak telah mendaftar di 71 buah sekolah Orang Asli setakat 17 Feb tahun ini, kata Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh.

Letupan mercun: Pelajar hilang pergelangan tangan di Tanah Merah
Seorang pelajar putus pergelangan tangan kiri akibat letupan mercun buatan sendiri dalam kejadian di asrama sebuah sekolah agama di Jeli.

Nanta ulangi amaran tegas kepada syarikat konsesi penyenggaraan jalan
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mengulangi amaran tegas kepada semua syarikat konsesi penyenggaraan jalan raya untuk melaksanakan tanggungjawab mereka.

Mahkamah tolak permohonan ikat jamin CEO GISB, 12 individu
Mahkamah membenarkan lapan wanita, termasuk isteri Nasiruddin, diikat jamin RM40,000 dengan dua penjamin.

Penampilan dua pemain warisan baharu bergantung kepada Cklamovski
Keputusan mengenai penglibatan dua pemain warisan baharu skuad Harimau Malaya dalam aksi Kelayakan Piala Asia 2027 menentang Nepal, bergantung kepada pertimbangan barisan kejurulatihan.

Harimau Malaya masih di bawah jagaan FAM - Noor Azman
Sebaliknya, skuad negara yang kini sedang melalui proses revolusi, masih berada di bawah bidang kuasa FAM selain mendapat bantuan Tunku Mahkota.

Hamidin bakal kembali ke FAM selaku Presiden Kehormat?
Hamidin dilihat sebagai individu paling layak dipilih selaku Presiden Kehormat Seumur Hidup FAM.

FAM belum putuskan wujud jawatan Presiden Kehormat
Sebelum ini, timbul spekulasi mendakwa Hamidin bakal kembali dalam kancah bola sepak negara sebagai Presiden Kehormat FAM.

Harimau Malaya lawan Nepal di Stadium Sultan Ibrahim - FAM
Keputusan untuk beraksi di Stadium Sultan Ibrahim selepas mendapat perkenan daripada Pemangku Sultan Johor sebagai tanda permulaan revolusi Harimau Malaya.

FAM perkenal bekas pemain kebangsaan Australia selaku penolong jurulatih Harimau Malaya
Tugas utama Miligan sudah pastinya membantu Cklamovski mempersiapkan pasukan menjelang aksi pertama pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2027.

Sah! Hanya bertahan lima bulan, Giorgio Rossi diumum bukan lagi CEO MFL
LIGA Bola Sepak Malaysia (MFL) hari ini mengumumkan secara rasmi bahawa Giorgio Pompili Rossi bukan lagi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) berkuat kuasa serta-merta.

Pecat pengadil: 'Tindakan FAM keterlaluan, malukan Fitri Maskon'
Tindakan FAM yang mengambil keputusan drastik memecat pengadil, Fitri Maskon disifatkan sebagai terlalu keterlaluan dan kejam.

Penyertaan bekas pemain dalam FAM mampu pacu pembaharuan - Jamal Nasir
Legenda bola sepak negara Datuk Jamal Nasir Ismail menyifatkan pemilihan dua bekas pemain kebangsaan dalam kepimpinan baharu FAM sebagai perkembangan positif kepada sukan itu.

Fitri Maskon jadi pengadil pertama dipecat FAM
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) membuat keputusan tegas dengan memecat pengadil Fitri Maskon daripada semua tugasan susulan prestasi lemah.