Setiausaha Agung FAM Datuk Noor Azman Rahman berkata meskipun demikian, pihaknya sentiasa bersedia mendengar nasihat daripada Hamidin yang memiliki pengalaman luas bagi memperkasakan FAM dari segenap aspek.
"Jika ikut pengalaman Tan Sri (Hamidin), memang tidak boleh dinafikan kerana beliau merupakan Ahli Majlis Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA)," katanya ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa FAM 2025 di sini malam ini.
Sebelum ini, timbul spekulasi mendakwa Hamidin bakal kembali dalam kancah bola sepak negara sebagai Presiden Kehormat FAM.
Hamidin pada Disember lepas memutuskan untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden FAM pada kongres pemilihan badan induk itu bagi penggal 2025-2029 yang telah berlangsung awal tahun ini dengan Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub diumum sebagai penggantinya selepas menang tanpa bertanding.
Dalam pada itu, pada majlis malam ini, Mohd Joehari turut meraikan petugas media tempatan yang rata-ratanya berpangkalan di Lembah Klang serta Ahli-Ahli Jawatankuasa Eksekutif FAM.
Turut hadir Timbalan Presiden FAM Datuk S. Sivasundaram dan Naib Presiden badan induk itu Datuk Mohd Azhar Jamaluddin, Datuk Seri Rosmadi Ismail, Datuk Dollah Salleh dan Saaran Nadarajah.
-- BERNAMA
