KUALA LUMPUR: Skuad Bawah 23 Tahun (B-23) kebangsaan sekali lagi menjadi taruhan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam memburu 'ibu segala pingat' pada temasya Sukan SEA Hanoi yang dijadual berlangsung 12 hingga 23 Mei ini.
Setiausaha Agung FAM Mohd Saifuddin Abu Bakar berkata tidak timbul sebarang isu berhubung keputusan menghantar skuad bimbingan Ketua Jurulatih Brad Maloney itu biarpun mereka mempunyai jadual kejohanan yang padat dan hampir dengan penganjuran temasya dwitahunan itu.
Beliau berkata ia selepas barisan kejurulatihan pasukan kebangsaan telah berbincang dan mengenal pasti pemain yang akan dipilih bagi menggalas cabaran negara tanpa merencatkan persiapan pasukan menghadapi Kejuaraan Piala Asia B-23 di Uzbekistan yang dijadual pada awal Jun.
Mohd Saifuddin berkata perbincangan yang turut mengambil kira penglibatan pemain skuad B-23 untuk bersama skuad Harimau Malaya pada kempen Kelayakan Piala Asia 2023 juga pada Jun, melibatkan Maloney, Ketua Jurulatih skuad senior Kim Pan Gon dan Pengarah Teknikal FAM Scott O'donell.
"Setakat ini tiada sebarang masalah, ketiga-tiga individu itu dapat bekerjasama dan saling memahami kehendak pasukan masing-masing," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Mohd Saifuddin pada masa sama berkata skuad B-23 negara diletakkan di bawah kategori B bersama-sama pasukan futsal lelaki dan wanita manakala skuad eRimau yang merupakan pasukan e-sukan negara akan bertanding atas tiket kategori A pada temasya sukan berkenaan.
Beliau berkata FAM tidak menghantar penyertaan dalam acara bola sepak wanita namun tidak menyatakan sebab berbuat demikian.
"Setakat ini kita tidak berdepan sebarang kekangan pasukan bola sepak diletakkan dalam kategori B kerana ia berdasarkan keputusan edisi terdahulu, jadi bila kita dapat pingat insya-Allah akan ditukar menjadi kategori A," katanya.
Skuad B-23 negara di bawah bimbingan Datuk Ong Kim Swee sebelum ini gagal melepasi saingan peringkat kumpulan pada edisi 2019 di Filipina selepas pengendali itu berjaya membawa pasukan negara meraih pingat perak pada edisi 2017 di Kuala Lumpur.
Kali terakhir Malaysia meraih 'ibu segala pingat' adalah pada edisi 2011 di Indonesia yang menyaksikan Kim Swee mengendalikan pasukan berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 02 2022
Mohd Saifuddin berkata tidak timbul sebarang isu berhubung keputusan menghantar skuad bimbingan Ketua Jurulatih Brad Maloney itu biarpun mereka mempunyai jadual kejohanan yang padat. - Gambar fail
Mangsa banjir di Kedah terus meningkat, 2,039 orang di PPS
Pertambahan itu direkodkan pada jam 11 malam tadi berbanding jumlah yang dilaporkan pada 8 malam iaitu seramai 1,018 mangsa.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 17 September 2024.
Warga emas maut dihempap pokok
Seorang lelaki warga emas maut manakala cucunya cedera apabila dihempap pokok tumbang ketika sedang berkhemah.
Tumpuan Rabu – 18 September 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Belanjawan 2025: Kerajaan fokus strategi stabilkan inflasi - Fadillah
Kerajaan Persekutuan akan memfokus kepada beberapa strategi dalam menstabilkan inflasi sekali gus menangani cabaran kenaikan kos sara hidup rakyat dalam Belanjawan 2025.
Ketua Menteri Delhi Kejriwal letak jawatan, pembantu utama sebagai pengganti
Ketua menteri Delhi, Arvind Kejriwal, meletak jawatan pada Selasa dan digantikan oleh pembantu utamanya Atishi Marlena.
AWANI 7:45 [17/09/2024] - Definasi halal semakin berkembang | Tiada sejarah ke luar negara | Ibu bapa sudah dikenal pasti | Jumlah mangsa meningkat
#AWANI745 malam ini bersama Essan Yahya;
1. Sijl halal bukan lagi soal babi dan alkohol, kata PM
2. Kes terbaharu mpox di Malaysia
3. 392 kanak-kanak jadi mangsa GISBH, ada ibu bapa enggan akui anak
4. Banjir di Kedah dan Pulau Pinang semakin memburuk
1. Sijl halal bukan lagi soal babi dan alkohol, kata PM
2. Kes terbaharu mpox di Malaysia
3. 392 kanak-kanak jadi mangsa GISBH, ada ibu bapa enggan akui anak
4. Banjir di Kedah dan Pulau Pinang semakin memburuk
AWANI Ringkas: Tujuh PPS dibuka di Pulau Pinang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
LLB beri amaran jangan hampiri pantai, R&R Bagan Ajam
Gabungan air pasang besar berserta hujan lebat dan ribut menyebabkan fenomena ombak besar yang menghempas kawasan tepi laut Pulau Pinang terutama di sekitar Pantai Bersih.
Keputusan Sabah tidak jejas persiapan Sukan SEA 2027 - Hannah
Persiapan penganjuran Sukan SEA 2027 tidak terjejas meskipun Sabah memutuskan mahu mempertimbangkan semula cadangan menjadi penganjur bersama.
KOM 'pantau' pemenang emas SUKMA 2024
Acara olahraga yang berlangsung selama lima hari pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 menyaksikan satu rekod kebangsaan dan 11 rekod temasya baharu dirakamkan.
PM Anwar setuju Sarawak jadi penganjur bersama Sukan SEA 2027
Perdana Menteri berkata, perkara itu akan dibentang dan disahkan dalam mesyuarat jemaah menteri pada Rabu depan.
Sarawak tunggu kelulusan KBS berhubung penganjuran bersama Sukan SEA 2027
Sarawak sedang menunggu keputusan serta kelulusan daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berhubung kesediaannya menjadi penganjur bersama Sukan SEA 2027.
Kerajaan perlu belanja RM235 juta anjur Sukan SEA, Para ASEAN 2027 - Hannah
Kerajaan Persekutuan perlu membelanjakan kira-kira RM235 juta bagi menganjurkan temasya Sukan SEA dan Para ASEAN 2027.
SUKMA 2024: Bukan hanya kejuaraan, Sarawak juga mahu lahirkan atlet bertaraf antarabangsa
Edisi ke-21 SUKMA dapat menjadi kayu pengukur bagi menilai keupayaan Sarawak untuk menjadi tuan rumah acara di peringkat lebih tinggi khususnya selepas menawarkan diri menjadi hos bersama Sukan SEA.
Selepas Sarawak, Pulau Pinang minat anjur bersama Sukan SEA 2027 - Hannah
Pulau Pinang menjadi negeri terbaharu selepas Sarawak untuk menjadi hos bersama penganjuran temasya Sukan SEA 2027, menurut Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.
Sukan bina badan selari gaya hidup, disiplin PDRM - KPN
Penganjuran acara sukan bina badan dilihat selari dengan imej PDRM pada masa ini yang mengutamakan disiplin dan gaya hidup sihat, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.
Malaysia sedia jadi tuan rumah AUG 2026 - Mustapha
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bersedia untuk menjadi tuan rumah bagi penganjuran temasya Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2026, kata Timbalan Menterinya Datuk Mustapha Sakmud.
Sukan SEA: Makaf kemuka rayuan kepada Thailand
Persekutuan Karate Malaysia (Makaf) akan mengemukakan rayuan kepada tuan rumah Thailand, untuk menyenaraikan semula karate untuk dipertandingkan di Sukan SEA 2025.