DUO pelumba Red Bull, Daniel Ricciardo dan Max Verstappen, ditegur oleh pengurus-pengurus atas insiden perlanggaran mereka dalam Grand Prix (GP) Azerbaijan.
Ricciardo melanggar bahagian belakang jentera Verstappen ketika rakan sepasukan itu berjuang untuk merebut keempat di Baku sehingga mereka gagal menamatkan baki 11 pusingan lagi.
Ketua pasukan Red Bull, Christian Horner, berkata pasangan itu sempat berbalah mengenai insiden berkenaan dalam perlumbaan yang penuh dengan aksi itu yang menyaksikan Lewis Hamilton muncul pemenang manakala rakan sepasukannya di Mercedes, Valtteri Bottas, ditimpa masalah tayar pancit ketika mendahului perlumbaan.
Pemandu Ferrari, Kimi Raikonnen meraih tempat kedua dan Sergio Perez dari pasukan Force India, ketiga.
Ricciardo - juara GP China dua minggu lalu - dan Verstappen terpaksa dipisahkan oleh pegawai keselamatan sebelum kedua-duanya meminta maaf kerana membuat kerosakan bernilai tinggi sambil Horner menyalahkan kedua-dua pelumba terbabit.
Ricciardo dari Australia berkata: "Pastinya ia merupakan perlumbaan yang hura-hara dan saya banyak menyumbangnya. Saya telah menonton beberapa rakaman ulangan dan satu-satunya perkara yang kami boleh katakan adalah memohon maaf kepada pasukan. Ini adalah perkara terakhir yang kami mahukan.
"Kami mahu berlumba dan saya bersyukur kerana pasukan ini membolehkan kami berlumba. Kami cuba untuk tidak bersengketa dan memberi ruang sesama sendiri tetapi kami terbabti dalam perlumbaan sengit dan akhirnya kami mengundang risiko.
"Saya tidak akan bercakap mengenai kejadian ini tetapi ini adalah senario terburuk dan semua orang agak patah hati. Saya sendiri akan meminta maaf kepada pasukan dan sekali lagi saya kesal kerana kami semua terbabit dalam situasi ini tatkala semua orang telah bekerja keras untuk menghasilkan sebuah kereta yang baik. "
Verstappen yang sempat mengalami mimpi ngeri pada awal musim ini dan oleh kerana itu, pelumba Belanda itu berkata, dia dan Ricciardo akan belajar daripada kesilapan.
"Hari ini sangat mengecewakan buat pasukan dan kami kehilangan banyak mata. Saya tidak fikir kami perlu bercakap mengenai kesalahan kerana kami berlumba untuk pasukan serta mewakili ramai pihak, jadi apabila ini berlaku ia tidak baik bagi kami berdua," kata pelumba berusia 20 tahun itu.
"Hentaman itu sangat kuat dan kelajuan kami hampir sama, jadi kami sentiasa rapat di antara satu sama lain. Sebelum kemalangan itu, ia perlumbaan yang sengit tetapi adil selain turut memberi ruang lain kepada pemandu lain, tayar kami bergesel sedikit tetapi saya fikir dalam perlumbaan ia boleh berlaku, namun apa yang berlaku selepas itu bukanlah perkara yang bagus.
"Kami akan belajar dari kejadian ini dan perlu memastikan ia tidak berlaku lagi. Saya tidak fikir dengan menghalang kami daripada perlumbaan merupakan tindakan bijak dan kami bercakap tentang hal ini sebagai sebuah pasukan dan belajar daripada situ.
"Kami sentiasa bersikap adil di antara satu sama lain dan akan membincangkan perkara ini dengan segera. Buat masa ini, saya hanya mahu memohon maaf kepada pihak yang kami wakili di sini dan di kilang juga."
Astro Arena
Mon Apr 30 2018
Ricciardo dan Verstappen terpaksa dipisahkan oleh pegawai keselamatan sebelum kedua-duanya meminta maaf kerana membuat kerosakan bernilai tinggi sambil Horner menyalahkan kedua-dua pelumba terbabit. - Foto Astro ARENA
"Ada banyak perkara kita perlu belajar dari Palestin" - Son Heung-min
Kapten Korea Selatan, Son Heung-min menyatakan rasa kagum dengan corak permainan ditampilkan pasukan bola sepak Palestin sehingga mampu mengikat pasukannya.
Kes buli UPNM: Suspek mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai but spike
Pelajar senior yang dipercayai terlibat dalam kes buli penuntut tahun dua Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) sehingga mangsa mengalami keretakan tulang rusuk dan tulang belakang akibat dipijak, pada bulan lalu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini.
AWANI Ringkas: JPS beri amaran paras sungai
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Empat lelaki didakwa culik dua warga asing
Empat lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan menculik dua lelaki warga asing dalam kejadian di tapak pembinaan di Telok Air Tawar, Butterworth pada 13 November lepas.
Perlu penyasaran FDI untuk pembangunan ekonomi yang berkesan - Pakar
Penganalisis Ekonomi, Prof Emeritus Datuk Dr. Zakariah Abdul Rashid, berkata, penekanan kepada nilai tambah domestik, pembangunan lestari, dan kesejahteraan rakyat adalah kunci kejayaan FDI.
Inflasi meningkat 1.9 peratus pada Oktober 2024
Inflasi Malaysia meningkat 1.9 peratus pada Oktober 2024 dengan mata indeks mencatatkan 133.4 berbanding 130.9 pada bulan
yang sama tahun sebelumnya.
yang sama tahun sebelumnya.
Marang dan Setiu kembali terjejas banjir
Jumlah mangsa banjir di Terengganu menunjukkan sedikit peningkatan hari ini, susulan dua daerah iaitu Marang dan Setiu kembali dinaiki air.
Dakwaan rasuah: Adani Group hilang projek lapangan terbang, tenaga di Kenya
Adani Group dari India kehilangan projek pembesaran lapangan terbang dan tenaga di Kenya selepas pengasasnya, Gautam Adani didakwa di Amerika Syarikat.
Lelaki Myanmar mengaku bersalah korek mata
Warga Myanmar yang mengorek biji mata kiri seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Butterworth hari ini.
Rexy kecewa Wei Chong-Kai Wun terlepas tiket ke Jelajah Dunia Akhir BWF
Katanya, gandingan di ranking ke-14 dunia itu mempunyai peluang cerah apabila sebelum ini berada dalam kumpulan lapan terbaik.
Perniagaan Australia diwajibkan terima bayaran secara tunai
Perniagaan di Australia akan diwajibkan menerima bayaran secara tunai bagi barangan dan perkhidmatan penting di bawah mandat kerajaan.
Australia akan perkenal RUU haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
Pengharaman adalah secara menyeluruh walaupun pengguna menerima kebenaran daripada ibu bapa mereka.
Ahli farmasi warga Malaysia maut ditikam berulang kali di Melbourne
Seorang ahli farmasi warga Malaysia dibunuh di timur laut Melbourne, Australia pada Rabu lalu.
SOJC: Great Britain muncul juara kali keempat
Kemenangan skuad kendalian Jon Bleby itu ialah kali yang keempat selepas menjulang piala edisi 2015, 2018 dan 2019.
Raja Ilya selamat lahirkan bayi seberat 4.7kg di Australia, beri nama Royal Abraham
Raja Ilya meluahkan rasa syukur selepas menjalani pembedahan melahirkan bayi lelaki seberat 4.7 kilogram itu.
Kelayakan Piala Dunia: Australia musnahkan rekod sempurna Jepun
Gol sendiri Shogo Taniguchi memberi Australia kelebihan pada minit ke-58 tetapi kesilapan Camron Burgess menyelamatkan maruah Samurai Biru.
Australia minta rakyat tinggalkan Israel segera
Australia telah mengemas kini nasihat perjalanan untuk rakyatnya di Israel, menggesa mereka meninggalkan Israel dengan kadar segera.
Australia umum sekatan baharu terhadap Iran susulan serangan peluru berpandu ke atas Israel
Sekatan kewangan dan larangan perjalanan dikenakan terhadap lima individu Iran, selari dengan langkah serupa oleh AS dan UK.
Australia rancang perkenal undang-undang larang kanak-kanak guna media sosial
Risiko yang mungkin timbul terhadap kesihatan fizikal dan mental akibat penggunaan peranti menjadi alasan undang-undang ini mahu diperkenal.
Australia keluarkan amaran mengenai peningkatan eksploitasi kanak-kanak dalam talian
Australia mengeluarkan amaran berhubung peningkatan kes kanak-kanak terjerumus menghasilkan kandungan seksual dan ganas secara dalam talian.