DALAM final EURO 2024, mengejutkan apabila pengurus England, Gareth Southgate, membuat keputusan untuk meletakkan Luke Shaw dalam kesebelasan utama.

Berdasarkan rekod, Luke Shaw tidak pernah berada dalam kesebelasan utama sejak saingan kumpulan akibat dari kecederaan yang dialaminya di Manchester United.

Kemunculan pertamanya dalam kejohanan kali ini adalah pada separuh akhir menentang Belanda apabila dia menggantikan Kieran Trippier pada minit ke-46.

"Saya sangat kecewa, kami semua percaya yang kami boleh lakukannya tetapi tiada rezeki.

"Dia (Gareth Southgate) sangat bangga dengan apa yang dicapai pasukan ini, tetapi tiada banyak yang boleh dikatakan.

"Kami ingin ucap terima kasih kepada peminat untuk segala sokongan yang diberikan dan juga saya hanya mampu minta maaf kepada mereka," kata Luke Shaw.