EURO 2024: Ollie Watkins puji 'bakat segenerasi' Lamine Yamal
"Dia menguasai dunia dan berada jauh di hadapan saya ketika saya berumur 16 mahupun 17 tahun." - Ollie Watkins
Astro Arena
Sat Jul 13 2024
Ollie Watkins, melabelkan pemain muda Sepanyol, Lamine Yamal, sebagai bakat segenerasi menjelang pertembungan England dengan skuad La Roja dalam aksi final EURO 2024, Ahad ini.
PENYERANG England, Ollie Watkins, melabelkan pemain muda Sepanyol, Lamine Yamal, sebagai bakat segenerasi menjelang pertembungan England dengan skuad La Roja dalam aksi final EURO 2024, Ahad ini.
Yamal menjadi watak penting skuad Sepanyol mara ke final kejohanan itu sejak 2012 dengan menjaringkan gol menakjubkan untuk membatalkan gol pembukaan Randal Kolo Muani sebelum Dani Olmo menjaringkan gol kemenangan selang empat minit kemudian.
Bakat muda itu mengalahkan rekod Pele sebagai pemain termuda yang menjaringkan gol dalam kejohanan besar.
"Semua orang melihat apa yang Yamal mampu lakukan. Bukan muda menjaringkan gol menentang Perancis dari sudut atas dalam separuh akhir EURO apabila anda masih berusia 16 tahun.
"Dia menguasai dunia dan berada jauh di hadapan saya ketika saya berumur 16 mahupun 17 tahun.
"Pemain sayap Sepanyol sangat dinamik, muda, penuh keyakinan. Jadi ia akan menjadi perlawanan yang sangat menarik. Saya tidak sabar untuk menontonnya dan semoga kami dapat menyelesaikan tugas ini." katanya. - Stadium Astro