Salah meledak gol kemenangan selepas Nelson Semedo menjatuhkan bekas bintang Wolves, Diogo Jota.
Astro Arena
Sun Sep 29 2024
Mohamed Salah meraikan kejayaan menjaringkan gol kedua pasukannya ketika perlawanan EPL antara Wolverhampton Wanderers dan Liverpool di Stadium Molineux, Wolverhampton, England, 28 Sept 2024. (Foto AP)
LIVERPOOL ke puncak Liga Perdana Inggeris susulan sepakan penalti Mohamed Salah memberikan kemenangan 2-1 ke atas Wolves di Molineux.
Keputusan seri 1-1 Manchester City bertemu Newcastle United memberikan peluang buat skuad kendalian Arne Slot ke puncak liga, dan Salah meledak gol kemenangan selepas Nelson Semedo menjatuhkan bekas bintang Wolves, Diogo Jota.
Ibrahima Konate menanduk masuk gol pendahulu buat Liverpool sebelum kesilapannya membenarkan Rayan Ait-Nouri mendapatkan gol penyamaan di awal separuh masa kedua.
Selang tiga minit kemudian, Semedo menjatuhkan Jota dalam kotak penalti, memberikan peluang Salah dengan penuh keyakinan mendapatkan gol kemenangan.
Liverpool memintas City ke puncak liga dengan berkelebihan satu mata ke atas penyandang juara dan Arsenal, manakala Wolves kekal di tangga tercorot dengan satu mata selepas enam perlawanan.
!
Wolves 1-2 Liverpool FT
Mo Salah's second-half penalty sends Liverpool top! Wolves are bottom of the table, still without a single win #WOLLIVpic.twitter.com/Uezjoz2qzs