HARRY Maguire mendedahkan bahawa dia sedang mengadakan perbincangan positif dengan Manchester United mengenai pelanjutan kontraknya di Old Trafford.

Pemain pertahanan itu, yang menyertai Man Utd dari Leicester City pada 2019, memasuki tahun terakhir kontrak sedia adanya bersama The Red Devils.

Maguire hanya memulakan lima perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini dan bermain selama 90 minit dalam kemenangan 'derby' ke atas Manchester City semalam.

Pemain berusia 31 tahun itu optimis mengenai prospek melanjutkan perjanjiannya bersama kelab tersebut.

"Saya tidak terlalu memikirkannya," katanya.

“(Kontrak) saya masih berbaki setahun lagi di sini dan pilihan di tangan mereka.

"Tetapi ia menunjukkan isyarat positif pada masa ini dan rundingan kami juga amat positif."