BARISAN pemain Leeds United memohon maaf susulan kekalahan besar kepada Bournemouth dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) hujung minggu lalu dan mengabaikan penyokong mereka sewaktu meninggalkan hotel penginapan.
Barisan pemain Leeds United memohon maaf susulan kekalahan besar kepada Bournemouth dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) hujung minggu lalu dan mengabaikan penyokong mereka sewaktu meninggalkan hotel penginapan.
Tular sebuah video di media sosial selepas kekalahan 1-4 itu - yang meletakkan mereka semakin hampir dengan zon penyingkiran - memperlihatkan pemain pasukan itu tidak mengendahkan sekumpulan penyokong mereka, termasuk seorang kanak-kanak lelaki, di perkarangan hotel penginapan.
Leeds kini tewas empat daripada lima perlawnan terakhir dan hanya dibezakan satu mata dengan kelompok tiga terbawah.
Satu kenyataan yang dikeluarkan Leeds berkata: "Sebagai pemain pasukan utama Leeds United, kami mahumenjelaskan kepada penyokong mengenai perlawanan (pada Ahad lalu) dan satu kiriman dalam media sosial.
"Yang pertama, persembahan kami tidak cukup bagus. Tiada cara lain untuk melihatnya dan satu-satunya cara adalah dengan memberikan respons di atas padang. Penyokong Leeds bertandang jauh dari serata negara ini dengan jumlah yang besar dan layak menerima sesuatu yang lebih baik berbanding ini.
"Apa yang membimbangkan kami semua sebagai satu pasukan adalah terdapat satu video online yang menunjukkan kami meninggalkan hotel. Tiada kata-kata yang dapat kami luahkan untuk memohon maaf terhadap kanak-kanak dalam video itu, yang memakai jersi Leeds dan tidak mendapat perhatian yang sepatutnya daripada skuad ini.
“Pada hari perlawanan, kami berjalan kaki, sebelum dan selepas itu, kami berhenti untuk bergambar dan memberikan tandatangan bagi memastikan kami berinteraksi dengan peminat tetapi kami juga perlu menepati masa ketika menuju ke perlawanan.
"Bagaimanapun, tiada alasan untuk kami tidak menghargai pengokong dan sekiranya ibu-bapa kepada penyokong yang memakai jersi Leeds itu dapat menghubungi kami, kami amat berterima kasih.
"Kami percaya perjuangan ini masih belum berakhir dan kami akan meneruskannya sehingga sepakan bola terakhir musim ini. Terima kasih sekali lagi atas sokongan anda." - Stadium Astro
Astro Arena
Tue May 02 2023

Leeds kini tewas empat daripada lima perlawnan terakhir dan hanya dibezakan satu mata dengan kelompok tiga terbawah. - Foto AP

Ismail Sabri keluar dari SPRM selepas hampir 6 jam, dipanggil semula Isnin ini
Ismail Sabri Ykeluar dari ibu pejabat SPRM pada jam 5.42 petang selepas selesai memberi keterangan hampir enam jam pada Jumaat.
Kuih tradisional nekbat jadi pilihan ketika berbuka puasa
Kuih tradisional nekbat sentiasa dinanti dan menjadi pilihan ramai, khususnya pada bulan Ramadan.

Jumlah kes HFMD di Terengganu meningkat
Terengganu merekodkan 533 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dalam tempoh 1 Jan hingga 8 Mac lepas.
Usaha berterusan mampu penuhi keperluan 60,000 jurutera
Malaysia berkemampuan melahirkan graduan untuk memenuhi keperluan 60,000 jurutera mahir.
Dua rakan bebas hukuman gantung sampai mati
Pesuruhjaya Kehakiman, Kan Weng Hin menyatakan dalam penghakiman pihak pendakwaan gagal membuktikan hubungan antara bot menyimpan dadah dengan kedua-dua tertuduh dan bot itu boleh juga diakses orang lain.

Dua rakan terlepas hukuman mati, dibebaskan tuduhan edar dadah
Dua lelaki yang berdepan pertuduhan mengedar lebih 32.15 kilogram dadah lima tahun lepas, dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi.

Krisis kebuluran di kem Zamzam, Sudan semakin meruncing
Keluarga yang kelaparan di sebuah kem yang dilanda kebuluran di barat Sudan terpaksa memakan makanan ternakan, menurut petugas kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Khamis.

'Syukur Alhamdulillah' - Faisal Halim teruja kembali sarung jersi kebangsaan
Penyerang Harimau Malaya, Faisal Halim, mendedahkan kegembiraan apabila namanya kembali tersenarai dalam skuad kebangsaan menjelang aksi kelayakan Piala Asia 2027 bertemu Nepal.

Kes bunuh pelajar kolej vokasional: Tertuduh tidak nampak mangsa dibelasah
Tertuduh kelapan dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu memberitahu Mahkamah Tinggi dia tidak nampak mangsa dibelasah beramai-ramai.

'Zarul Solo' samun kedai emas ditahan
Polis menahan seorang penganggur digelar 'Zarul Solo' yang dipercayai terbabit dalam kes samun barang kemas melibatkan kerugian RM12,000 di sebuah kedai emas di Taman Paya Rumput Utama, Melaka.

Bintang golf beli saham Leeds United
Mereka pada awalnya dijangka disertai oleh seorang lagi pemain golf profesional, Rickie Fowler, tetapi dia menarik diri.

Leeds United bakal berpindah milik
Leeds United mengesahkan persetujuan telah dicapai di antara Aser Ventures dan 49ers Enterprises berhubung pembelian kelab itu.

EPL: Pemain Leeds mohon maaf abaikan penyokong di hotel selepas tewas kepada Bournemouth
Barisan pemain Leeds United memohon maaf susulan kekalahan besar kepada Bournemouth dalam saingan EPL hujung minggu lalu.

Marcus Rashford antara terbaik di Eropah - Ten Hag
Rashford menanduk masuk gol pembukaan The Red Devils menuju 10 minit wisel penamat dalam pertemuan EPL di Elland Road.

Rashford, Sancho selamatkan maruah Red Devils di Old Trafford
Wilfried Gnonto mengejutkan The Red Devils dengan meledak gol pada minit pertama.

EPL: Leeds United hilang khidmat penjaring terbanyak untuk dua bulan
Rodrigo cedera ketika Leeds mencatatkan kemenangan ke atas Accrington Stanley dalam pusingan keempat Piala FA hujung minggu lalu.

EPL: Haaland jaring gol berganda pastikan City atasi Leeds
Haaland terlepas dua peluang awal ketika pasukan juara bertahan itu menguasai keseluruhan babak pertama.

Liverpool undang padah lepaskan dua gol aneh - Klopp
Liverpool memiliki beberapa pemain di kubu mereka tetapi masih gagal menyekat hantaran lintang Wilfried Gnonto.

Liverpool 'amuk' habis Leeds United di Anfield
Mane mencetak dua gol ketika membantu Liverpool mengatasi Leeds United 6-0 di Anfield.

Manchester United lepasi ranjau Leeds United
Kemenangan ke-13 menyaksikan The Red Devils mengumpul 46 mata.