LEEDS UNITED 1 MANCHESTER CITY 3
Erling Haaland cemerlang membenam kelab tempat kelahirannya apabila menjaringkan dua gol dalam babak kedua ketika Manchester City menewaskan Leeds United 3-1 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi tadi.
Haaland -- yang dilahirkan di Leeds ketika bapanya mewakili The Whites -- terlepas dua peluang awal ketika pasukan juara bertahan itu menguasai keseluruhan babak pertama tetapi Rodri memastikan mereka ke bilik persalinan dengan kelebihan satu gol apabila bijak menghidu bola muntah susulan percubaan awal Riyad Mahrez.
Bintang Norway itu, bagaimanapun, tidak lagi dapat dikekang dalam babak kedua, di mana dia memanfaatkan kesilapan kapten lawan, Liam Cooper, pada minit ke-51 sebelum menggandakan gol peribadinya dengan penyudah kaki kanan selepas sejam perlawanan.
Ia bermakna Haaland memecahkan rekod pemain tercepat menghasilkan 20 gol dalam sejarah EPL, di mana dia melakukannya hanya dalam 14 penampilan bersama City.
Kemenangan itu juga menyaksikan City kembali ke tangga kedua EPL walaupun Leeds berhasil memperoleh gol sagu hati yang dijaringkan Pascal Struijk pada lewat permainan.
Astro Arena
Thu Dec 29 2022
Erling Haaland (kanan) menjaringkan gol kedua pasukannya ketika perlawanan EPL antara Leeds United dan Manchester City di Stadium Elland Road, Leeds, England, 28 Dis 2022. (Foto AP)
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
EPL: Di mana sahaja saya tamatkan karier, saya akan gembira - Mohamed Salah
Dua gol dan dua bantuan gol oleh Salah memastikan Liverpool terus mengukuhkan kedudukan mereka sebagai pendahulu EPL.
Liverpool langgar habis Tottenham di London
Gol Liverpool dijelmakan Luis Diaz (m-23, m-85), Mohamed Salah (m-45, m-61), Alexis Mac Allister (m-36), dan Dominik Szoboszlai (m-46).
Manchester United diaibkan Bournemouth di Old Trafford
Amorim mempertaruhkan bintang Belanda Joshua Zirkzee di bahagian depan dibantu Bruno Fernandes dan Amad Diallo di bahagian tengah.
Arteta dalam dilema selepas belasah Crystal Palace
Pemain sayap England itu dipaksa keluar pada minit ke-24 dan kemudiannya meninggalkan Stadium Selhurst Park dengan bertongkat.
Aston Villa tambah derita Manchester City
Rogers sekali lagi menjadi duri dalam daging buat angkatan Guardiola apabila meledak jaringan kedua minit ke-65.
Harry Maguire positif rundingan kontrak baru di Manchester United
Pemain pertahanan itu memasuki tahun terakhir kontrak sedia adanya bersama The Red Devils.
EPL: Southampton pecat pengurus Martin selepas kekalahan teruk di tangan Tottenham
Southampton memecat pengurus Russell Martin selepas kekalahan memalukan 5-0 di laman sendiri kepada Tottenham pada Ahad.
Arsenal bawa keluar satu mata dari Fulham
Keputusan itu menyaksikan Arsenal mengumpul 29 mata selepas mengharungi 15 perlawanan lima mata di belakang Liverpool.
Prestasi Manchester City kembali 'yoyo'
Haaland mengetuai kebangkitan City apabila menyamakan kedudukan pada minit ke-30 untuk mengikat separuh masa pertama dengan keputusan 1-1.
Manchester United diaibkan Nottingham Forest di Old Trafford
The Red Devils tunduk mengalah buat kali pertama di laman sendiri di bawah bimbingan Amorim selepas mengharungi lima perlawanan.