De Ligt menandatangani kontrak lima tahun manakala Mazraoui pula empat tahun, di mana kedua-duanya memiliki pilihan untuk melanjutkannya setahun lagi.
Mazraoui berpotensi untuk melakukan penampilan segera di posisi sayap kiri selepas Luke Shaw disahkan mengalami kecederaan menjelang aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Fulham awal pagi Sabtu ini.
United bersetuju untuk mengeluarkan perbelanjaan 38.5 juta pound (RM220.71 juta) dengan bayaran tambahan 4.3 juta pound (RM24.65 juta) untuk mendapatkan pemain pertahanan tengah berusia 25 tahun, De Ligt, yang merupakan kapten pasukan Ajax sewaktu dibimbing Erik ten Hag ketika mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) pada 2019.
Mazraoui juga pernah berkhidmat di bawah bimbingan Ten Hag sewaktu di Ajax. - Stadium Astro