LIVERPOOL 3 ASTON VILLA 0

Penyerang Liverpool, Mohamed Salah menjadi watak penting ketika membantu pasukannya menewaskan Aston Villa 2-0 di Stadium Anfield untuk mendahului dengan lima mata di puncak Liga Perdana Inggeris (EPL).

Skuad kendalian Arne Slot itu memanfaatkan sepenuhnya kekalahan Manchester City di Brighton, dengan Salah menjaringkan gol kemenangan The Reds sekali gus memastikan pasukan pelawat melakar keputusan tewas dua kali berturut-turut.

Darwin Nunez mencipta nama terlebih selaku penjaring pada minit ke-20 selepas sepakan derasnya menewaskan Emiliano Martínez untuk mendahului pasukan tuan rumah 1-0.


Skuad Unai Emery mempunyai peluang untuk jaringan penyamaan tetapi kecekapan Caoimhin Kelleher menjadi penghalang apabila menafikan percubaan Amadou Onana dan Diego Carlos, malah rayuan Villa untuk sepakan penalti dinafikan selepas pengadil melakukan pemeriksaan Video Bantuan Pengadil (VAR).

Kini, Liverpool telah melakar sembilan kemenangan daripada 11 perlawanan untuk menduduki tangga teratas liga dengan Aston Villa berada di tempat kelapan.

Salah menjadi pemain pertama yang mencapai dua angka untuk kedua-dua gol (10) dan bantuan jaringan (10) untuk lima pasukan gergasi di Liga Eropah dalam semua pertandingan. - Stadium Astro