Leicester kelihatan berupaya memperoleh satu mata hasil dua gol James Justin dalam tempoh 18 minit ketika separuh masa kedua.
Arsenal pada mulanya telah mengawal permainan, berupaya mendapatkan jaringan menerusi Gabriel Martinelli sebelum Leandro Trossard menggandakan kelebihan sebelum menuju bilik persalinan.
Selepas seri dalam aksi terdahulu dengan Manchester City, Arsenal kelihatan berdepan pengakhiran yang sama dalam perlawanan semalam apabila The Foxes melakar kebangkitan menjaringkan dua gol.
Bagaimanapun, Arsenal memastikan tiga mata penuh menjadi milik mereka di penghujung permainan, gol sendiri Wilfried Ndidi pada minit keempat masa kecederaan sebelum Kai Havertz menoktahkan kemenangan penuh bergaya untuk membenarkan Arsenal berkongsi mata dengan Manchester City.