JOHOR BAHRU: Dua pemenang pingat acara angkat berat pada Sukan Malaysia (Sukma) 2022 disahkan positif bahan terlarang jenis 'anabolic androgenic steroid' oleh Agensi Anti-Dadah Malaysia (Adamas).
Tanpa menyatakan warna pingat yang dimenangi, Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) Datuk Ayub Rahmat berkata kedua-dua atlet lelaki itu merupakan atlet salah satu daripada dua negeri yang dicadangkan untuk digantung persekutuan daripada menyertai temasya sukan dwitahunan itu.
"PABM menerima keputusan doping tersebut menerusi surat daripada Adamas yang bertarikh 23 Dis lepas. Kedua-dua mereka didapati positif doping steroid yang diklasifikasikan sebagai S1 dalam senarai bahan terlarang Agensi Anti-Doping Dunia (WADA).
"Adamas juga sudahpun menghantar surat kepada dua atlet berkenaan, yang mana mereka mempunyai 14 hari untuk membuka sampel B sebelum 10 Jan tahun hadapan," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.
Ayub berkata sekiranya kedua-dua atlet itu membuat keputusan membuka Sampel B, ia perlulah ditanggung sendiri dengan kos AS$350 dengan bantuan makmal di Doha, Qatar, dengan kehadiran atlet atau wakil atlet itu sendiri.
Sekiranya mereka tidak bercadang mencabar keputusan Adamas menerusi Sampel B, Ayub berkata Adamas seterusnya akan menetapkan tarikh untuk kedua-dua atlet berkenaan memberikan penjelasan.
"Kedua-dua mereka kini digantung sementara. (Bagaimanapun) hukuman maksimum kepada atlet (bagi kesalahan ini) adalah penggantungan empat tahun.
"PABM memandang serius kes doping dalam sukan angkat berat terutamanya dalam konteks pembangunan sukan ini di peringkat kebangsaan dan antarabangsa," katanya.
Beliau sekali lagi mengulangi pendirian bahawa PABM tidak melibatkan diri daripada mengendalikan Sukma edisi ke-20 itu kerana penganjur membenarkan dua negeri yang terlibat doping menyertai temasya tersebut sekali gus tidak menghormati keputusan PABM.
Dalam nada kecewa, Ayub berkata meskipun Sukma itu berlangsung, ia tidak diiktiraf oleh PABM kerana penganjur tidak bersetuju dengan pendirian pihaknya itu.
Sebelum ini, tiga atlet angkat berat -- dua dari Terengganu dan seorang dari Perlis, gagal ujian doping beberapa hari sebelum temasya sukan itu bermula.
Susulan insiden itu, PABM telah menarik diri daripada Sukma berkenaan, selepas penganjur membenarkan dua negeri tersebut menyertai temasya itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 27 2022

Ayub berkata kedua-dua atlet lelaki itu merupakan wakil salah satu daripada dua negeri yang dicadangkan untuk digantung daripada menyertai Sukma. - Gambar fail

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Kategori baharu buat Aniq Kasdan mulai 2025
Jaguh angkat berat negara Mohamad Aniq Kasdan mengesahkan akan beraksi dalam kategori baharu, iaitu 60 kilogram (kg) bermula 2025.

Sukan SEA 2025: Atlet angkat berat berdepan cabaran kemungkinan perubahan kategori
Ini susulan mesyuarat IWF di Manama, Bahrain baru-baru ini yang memutuskan perubahan kategori bagi sukan berkenaan.

Mohamad Syahmi mahu ikut jejak Aniq
Atlet berusia 20 tahun itu berkata beliau tidak akan berhenti berusaha untuk ke peringkat lebih tinggi dalam sukan angkat berat.

Lapan kali Muhammad Hafizuddin pecah rekod kebangsaan
Muhammad Hafizuddin Roslin bagai tiada tandingan apabila memecah rekod kebangsaan sebanyak lapan kali dalam acara angkat berat kategori 81 kilogram (kg) lelaki untuk merangkul pingat emas SUKMA 2024.

Mohamad Aniq gembira sukan angkat berat mula dapat perhatian
Angkat berat kini lebih dikenali terutamanya selepas Aniq membuktikan bahawa Malaysia mampu memberi saingan di temasya sukan terbesar dunia itu.

Olimpik Paris 2024: Kalah dengan 1kg lebih mengecewakan - Mohamad Aniq
Mohamad Aniq terlepas penamat podium dalam acara angkat berat kategori 61kg lelaki di Sukan Olimpik Paris 2024, pada Rabu.

PABM teliti penggunaan suplemen buat Aniq Kasdan
Dalam aspek ini, Institut Sukan Negara perlu meneliti penggunaan suplemen yang mungkin boleh memberi tenaga dan kekuatan kepada atlet ini.

Mohamad Aniq buru ranking keempat kelayakan Olimpik Paris
Badang negara berkata untuk merealisasikan misi itu, beliau perlu membuat angkatan keseluruhan sebanyak 305 kg di Piala Dunia 2024 di Phuket, Thailand pada April depan.

Sukan Para Asia: Angkatan emas untuk abang Bryan - Bonnie
Malaysia raih emas kelima menerusi atlet powerlifting Bonnie Bunyau Gustin dalam acara 72 kilogram.

Keputusan Aniq dan Aznil masuk RTG diketahui selepas mesyuarat - Hannah
Hannah berkata, buat masa ini, beliau tidak boleh umum sebarang keputusan melibatkan program itu yang dipengerusikan bersama Presiden MOM.