LEEDS UNITED 0 ARSENAL 1

Penyudah berbisa Bukayo Saka memastikan tiga mata buat Arsenal dalam kemenangan dramatik 1-0 di Leeds United, malam tadi.

The Gunners, yang bermula garang dalam misi mengukuhkan kedudukan di puncak Liga Perdana Inggeris (EPL), direncatkan penundaan hampir 40 minit permainan berikutan masalah teknikal, termasuk membabitkan peralatan eletronik pengadil, hanya berhasil menembusi gawang tuan rumah menerusi jaringan pemain England itu yang merekodkan gol keempatnya dalam tiga perlawanan.

Tuah turut mengiringi Arsenal untuk merakam rentak kemenangan ketujuh itu apabila penyerang gantian Leeds, Patrick Bamford, mengharungi salah satu malam yang pasti ingin dilupakannya apabila satu jaringannya dibatalkan selain sepakan penalti diselamatkan.

Chelsea turut membawa pulang tiga mata dari Aston Villa menerusi dua jaringan jaringan Mason Mount.

Sementara itu, pengurus Newcastle United, Eddie Howie, menarik nafas lega untuk mengikat
Manchester United tanpa jaringan di Old Trafford selepas diasak bertali-arus di penghujung perlawanan.

“Separuh masa pertama saya fikir kami sangat bagus,” katanya kepada BBC Match of the Day.

"Joelinton mempunyai dua peluang menarik tetapi percubaan dia terkena tiang, kami patut mendapat sepakan penalti berikutan kekasaran ke atas Callum Wilson.

"Kami kemudian sama sekali kehilangan arah dalam babak kedua dan saya lega sebaik wisel penamat ditiupkan.

"Tandukan Rashford menjadi titik tolak perlawanan ini. Kami beraksi dengan baik untuk mengekang mereka tetapi mungkin itulah yang menyebabkan kami hilang rentak sebenar tetapi pemain tidak layak dianggap begitu."