AARHUS (Denmark): Pemain badminton negara dijangkakan berada dalam prestasi terbaik bagi menghadapi cabaran Final Piala Thomas dan Piala Uber 2020 bermula Sabtu, cuma beberapa hari selepas tamatnya Piala Sudirman di Vantaa, Finland pada Ahad.
Bagaimanapun Ketua Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Wong Choong Hann merasakan bahawa selain daripada cabaran fizikal dan kepenatan, adalah lebih penting untuk mereka melupakan soal kemenangan pingat gangsa pada kejohanan berpasukan campuran dengan pemain yang purata umurnya 22 tahun.
Choong Hann juga mengesahkan bahawa majoriti pemainnya bebas daripada kecederaan dan akan dapat memberikan prestasi terbaik, kecuali pemain beregu wanita Pearly Tan, yang masih lagi diperiksa kerana merasa tidak selesa pada lengannya.
"Saya percaya pemain mempunyai masa yang cukup untuk pulih semula selepas menyamai pencapaian terbaik di Piala Sudirman (yang menyamai pencapaian edisi 2009 di Guangzhou, China.)
"Dari segi fizikal, saya percaya mereka mampu mengatasinya selagi mereka dapat pulih secara mentalnya kerana kebanyakan pemain beraksi di pentas tertinggi buat kali pertama. Mereka harus belajar mengendalikan situasi seperti ini," katanya ketika sesi latihan rasmi di Ceres Arena di sini.
Berikutan penarikan diri England dari Piala Thomas, Choong Hann mengakui bahawa para jurulatih kini merancang semula bagi memutuskan untuk memberikan peluang kepada pemain muda untuk pendedahan atau memberikan pemain utama bemain bagi membina momentum pada perlawanan menentang Kanada pada Selasa (12 Okt).
Turut berada dalam Kumpulan D ialah pemenang tempat kedua Jepun, yang atas kertas lebih kuat berbanding pasukan muda negara, walaupun ketua pasukannya dan pemain nombor satu dunia Kento Momota masih mencari prestasinya.
"Kerana kita punya perlawanan lama lagi, kita juga kena uruskan jadual latihan sebab selalunya dalam minggu pertandingan, gelanggang dan latihan ada kesulitannya...Kita akan menggunakan pasukan sains sukan kita dalam membantu jurulatih kita untuk merancang program latihan yang secukupnya, supaya pemain-pemain tersedia dalam tahap optimum.
"Saya rasa kita akan fokus kepada latihan pasukan kita, selain cuba membawa pemain muda belajar sambil menikmati suasana perlawanan-perlawanan yang unggul di antara pemain-pemain dan negara-negara tertentu," katanya sambil tidak menolak kemungkinan meletakkan pasangan baharu untuk bermain.
Bekas pemain nombor satu dunia itu memuji persiapan oleh penganjur, dan tidak begitu risaukan dengan penyokong tuan rumah ketika pertemuan pada Piala Uber pada hari pembukaan (9 Okt), kerana mereka lebih 'senyap' berbanding dengan peminat Malaysia dan Asia.
Namun demikan beliau berkata, faktor penonton telah dibincangkan oleh jurulatih selain mengadakan latihan dalam situasi pertandingan untuk pemain bersedia menghadapi situasi tersebut.
Mengimbau kembali pada ketika beliau bermain di Terbuka Denmark, Choong Hann juga berkongsi, keadaan dewan yang sama juga seperti di Eropah, di mana ia lebih kecil berbanding di Asia yang akan memberikan keadaan lebih baik antara pemain dan bulu tangkis.
"Daripada perspektif profesional, dewan ini lebih senang untuk bermain kerana bunyi bulu tangkis terbang itu dan pantulan bunyi lebih enak di telinga, rasa lebih senang untuk menghayatinya. Bagaimanapun para pemain perlu membiasakan diri dengan atmosfera dan 'drifting'," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 07 2021

Wong Choong Hann ketika sidang media BAM di Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara, Kuala Lumpur, 11 Sept, 2021. - Gambar fail BERNAMA

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Pearly-Thinaah jatuh satu anak tangga, Soon Huat-Shevon Lai kini ranking ketiga dunia
Kemas kini terbaharu ranking badminton dunia menyaksikan beregu wanita utama negara, Pearly Tan dan M. Thinaah turun satu anak tangga.

BAMTC 2025: Pengajaran berguna buat pemain Malaysia - Rexy
Rexy sebaliknya berkata ia adalah pengajaran berharga buat pemain sandaran dalam usaha membina kematangan di pentas antarabangsa.

Herry mahu lihat 'sisi baharu' Aaron-Wooi Yik di All England
Herry mengakui perubahan itu tidak boleh berlaku sekelip mata, memandangkan beliau memerlukan masa untuk melakukan transformasi.

Muhammad Haikal intai pulih, kembali beraksi di All England
Muhammad Haikal disisihkan sejak bulan lepas susulan kecederaan koyak otot di bahagian pinggul kanan.

KBS rancang perkenal inisiatif pemindahan bakat sukan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam usaha memastikan perjalanan bakat dipupuk sejak usia muda tidak terhenti pada satu jenis sukan sahaja.

Sistem pemarkahan 21 mata sudah bagus, tak perlu ubah - Rexy
Katanya, BWF sepatutnya memikirkan perkara yang lebih penting berbanding hanya menukar sistem pemarkahan untuk menjadikan sukan itu lebih kompetitif.

Konsistensi dan komitmen ramuan bergelar juara dunia - Herry
Katanya, ramuan itu tidak akan lengkap sekiranya tidak 'diadun' dengan disiplin serta semangat juang yang tinggi dalam kalangan pemain.

Jom kita kurang 'mengular' dalam Tahun Ular - Lee Chong Wei
Chong Wei antara yang bersuara agar BWF memperhalusi standard prosedur operasi (SOP) mengenai proses rawatan pemain di atas gelanggang.

'Ini semua salah faham' - Ini penjelasan Arif susulan didakwa seleweng wang di Kanada
Pada Isnin, tular dakwaan terhadap Arif yang didakwa melakukan penyelewengan wang mencecah nilai RM200,000 ketika berkhidmat Kanada.

Tonjol peningkatan ketara, dua finalis Masters Indonesia perbaharui ranking dunia
Man Wei Chong-Tee Kai Wun, menghampiri kelompok 10 terbaik dunia apabila naik satu anak tangga di tempat ke-12.