Persatuan Badminton Malaysia (BAM) hari ini menubuhkan satu projek khas bagi membantu jaguh negara, Datuk Lee Chong Wei menjuarai Kejohanan Dunia di Glasgow, Scotland, Ogos ini.
Pengerusi Kejurulatihan dan Latihan (C&T) BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata projek khas itu khusus untuk membantu Chong Wei menghadapi beberapa kejohanan dengan sasaran utama memenangi Kejohanan Dunia.
"Setelah mendapat pandangan daripada semua anggota C&T, kita mengambil keputusan membahagikan struktur kejurulatihan sedia ada.
"Hendrawan dan Tey Seu Bock serta lima pemain lain akan berada dalam projek khas ini," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat C&T di sini, hari ini.
Lima pemain yang dimasukkan dalam projek itu ialah Chong Yee Han, Lim Chi Wing, Soong Joo Ven, Soo Teck Zhi dan Iskandar Zulkarnain Zainuddin.
Mohamad Norza menjelaskan BAM juga telah menetapkan jurulatih perseorangan, Hendrawan menjadi ketua jurulatih dalam projek khas itu.
"Beliau akan melaporkan terus kepada Pengerusi C&T dan akan menjadi seorang daripada anggota C&T," katanya.
Menurut Norza, rancangan berkenaan adalah untuk merealisasikan cita-cita Chong Wei sendiri yang mahu melahirkan pemain-pemain yang boleh menggantikan tempatnya.
Sementara itu, Pengarah Teknikal BAM, Morten Frost Hansen menyambut baik penubuhan projek khas berkenaan dan menjelaskan ia merupakan idea asal beliau.
"Ia adalah keputusan yang baik dan sebenarnya, ini adalah cadangan saya dan mereka (BAM) membuat beberapa penyesuaian. Secara keseluruhannya, ia adalah idea yang baik," katanya.
Projek khas itu telahpun bermula hari ini dan akan dijalankan sehingga berakhirnya Kejohanan Dunia, Ogos nanti.
Penubuhan projek khas berkenaan juga dilihat sebagai jalan penyelesaian yang diambil BAM dalam menangani perselisihan antara Chong Wei-Frost yang hangat diperkatakan ketika ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 21 2017

MOHAMAD NORZA: BAM hari ini menubuhkan satu projek khas bagi membantu jaguh negara, Datuk Lee Chong Wei menjuarai Kejohanan Dunia di Glasgow, Ogos ini. - Gambar fail

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Jahaberdeen lebih minat pertahan jawatan di BAM
Jahaberdeen masih belum memberi bayangan jelas mengenai kemungkinan merebut jawatan presiden baharu.

BAMTC 2025: Pengajaran berguna buat pemain Malaysia - Rexy
Rexy sebaliknya berkata ia adalah pengajaran berharga buat pemain sandaran dalam usaha membina kematangan di pentas antarabangsa.

Badminton: Herry belum fikir ubah gandingan beregu lelaki negara
Ketua jurulatih beregu lelaki negara Herry Iman Pierngadi tidak berhasrat untuk memecah gandingan sedia ada buat masa ini.

Konsistensi dan komitmen ramuan bergelar juara dunia - Herry
Katanya, ramuan itu tidak akan lengkap sekiranya tidak 'diadun' dengan disiplin serta semangat juang yang tinggi dalam kalangan pemain.

Tiada unsur jenayah dalam kes pegawai tinggi BAM - Azam Baki
Satu laporan lengkap berhubung siasatan akan dihantar kepada Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh kerana wujud beberapa perkara yang perlu diperbetulkan.

Herry Iman ketua jurulatih beregu lelaki negara - BAM
Teka-teki mengenai ketua jurulatih beregu lelaki terjawab hari ini selepas Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengumumkan Herry Iman Pierngadi membimbing skuad kebangsaan berkuat kuasa 1 Feb ini.

Kurang cergas punca Pearly-Thinaah tersingkir awal - Rexy
Rexy Mainaky mengakui keadaan pemain beregu wanita negara Pearly Tan-M Thinaah yang tidak cukup cergas menjadi punca mereka tersingkir awal di Terbuka Malaysia 2025.

BAM tidak lagi mahu dengar alasan pemain - Subramaniam
BAM telah melaburkan sejumlah wang yang besar untuk membayar jurulatih berkualiti tinggi serta pemain.

BAM nafi tuduhan Megat D Shahriman
Goh menyifatkan tuduhan itu tidak munasabah dan menegaskan BAM bukan antara persatuan yang 'mencabar' kedudukan AGM MPM.

BAM muktamadkan pengganti Bin Shen dua minggu lagi
BAM sedang meneliti beberapa calon termasuk jurulatih tempatan bagi menggantikan Tan Bin Shen.