TIGA mata akhir dalam set kedua gagal dimanfatkan Chan Peng Soon-Goh Liu Ying apabila terkulai di tangan Satwiksairaj Rankireddy-Ashwini Ponnappa dalam  Kejohanan Badminton Terbuka Thailand yang kedua, sebentar tadi.

Awal pertemuan itu memperlihatkan potensi wakil beregu campuran profesional negara tersebut mampu lolos ke separuh akhir di Impact Arena, esok, dengan bergaya selepas mengungguli set pertama 21-18.

Rentak itu dikekalkan apabila mereka menguasai separuh perjalanan set kedua 11-8 dan pendahuluan enam mata di kedudukan mata ke-18 bagaimanapun disia-siakan oleh pemenang pingat perak Sukan Olimpik 2016 berkenaan.

Mereka seharusnya menyalahkan diri sendiri biarpun tiga kali berpeluang menamatkan perjuangan lawan dari India itu.

RESULTS: TOYOTA Thailand Open QF #IND