KUALA LUMPUR: Atlet negara ke Sukan Komanwel ke-22 di Birmingham, England harus membuktikan keupayaan dan berjuang habis-habisan bagi merangkul kejayaan untuk kebanggaan diri dan Keluarga Malaysia.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata beliau menaruh keyakinan tinggi bahawa sasaran pingat negara dapat dicapai, menandingi tujuh emas yang pernah dimenangi semasa Sukan Komanwel 2018 Gold Coast, Australia.
"Kalah menang sebenarnya adat pertandingan tetapi tunjukkanlah kepada dunia semangat perjuangan anak-anak Malaysia. Semangat Harimau Malaya yang sebenar-benarnya.
"Keluarga Malaysia ingin lihat Jalur Gemilang berkibar megah dan lagu Negaraku berkumandang di bumi Birmingham," katanya semasa majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada Kontinjen Malaysia ke temasya itu di sini hari ini.
Seramai 105 orang atlet daripada 14 jenis sukan akan membawa cabaran negara pada temasya empat tahun sekali yang akan berlangsung pada 28 Julai hingga 8 Ogos di Birmingham, England itu nanti.
Ismail Sabri dalam ucapannya turut menyeru para atlet supaya berjuang sehabis baik kerana sebagai Keluarga Malaysia, mereka perlu memiliki keazaman untuk meraih kejayaan dalam apa sahaja yang dilakukan.
"Saya yakin dan percaya, atlet-atlet yang berada di dewan ini akan memberikan yang terbaik dan memperlihatkan aksi yang maksimum apabila menyarungi jersi Harimau Malaysia nanti," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata sukan adalah antara agenda nasional yang mampu menyemarakkan semangat patriotisme dan menyatupadukan rakyat serta membentuk kebersamaan.
Katanya, sukan merupakan jambatan dan instrumen dalam menyatukan serta menyemarakkan nilai-nilai tersebut dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang aman damai.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 19 2022
Ismail Sabri menaruh keyakinan tinggi sasaran pingat negara dapat dicapai, menandingi tujuh emas yang dimenangi semasa Sukan Komanwel 2018 Gold Coast, Australia. - Gambar/ Bernama
Dua jurujual maut, MPV terbabas langgar lopak air
Kejadian berlaku di KM45 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, berhampiran kampung Pasir Putih Merchang, Marang, kira-kira jam 4.30 petang Ahad.
The Future Is Female: inDrive’s Aurora Tech Award — Driving Change for Women in Tech
Only 2.3% of venture funding currently goes to women-led startups and that figure has remained stagnant at 2% for years. And often, female entrepreneurs receive smaller amounts of funding—enough to survive but not to invest significantly in strategic initiatives that could propel the business forward. The Aurora Tech Award is an international prize founded by the global ride-hailing service, inDrive, and designed to support women founders in IT by helping them gain visibility and attract investment. On this episode of #TheFutureIsFemale Melisa Idris speaks with Shaerine Irwina Kaur, Communications Manager for Southeast Asia for inDrive.
'Cara kau terbang atas gelanggang memang baik'
Shi Feng memerlukan 44 minit untuk mengesahkan kemenangan 21-10 dan 21-13 dalam pertemuan keempat mereka sepanjang tahun ini.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [18 November 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Amirul Aiman
1. Keputusan rayuan kes rasuah Bung Moktar, isteri diketahui hari ini
2. PTPTN akan keluar kenyataan rasmi berhubung cadangan henti pembiayaan
3. SPRM rakam keterangan lima ADUN Sabah susulan dakwaan skandal rasuah
1. Keputusan rayuan kes rasuah Bung Moktar, isteri diketahui hari ini
2. PTPTN akan keluar kenyataan rasmi berhubung cadangan henti pembiayaan
3. SPRM rakam keterangan lima ADUN Sabah susulan dakwaan skandal rasuah
Perang di Ukraine yang dijangka meningkat jadi tumpuan G20 esok
Keputusan AS benarkan Ukraine lancar peluru berpandunya ke Rusia akan menjadi tumpuan dalam agenda Sidang Kemuncak G20 esok.
Langkah lindungi budaya setempat, insentif pusat autisme tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Pertanyaan itu dikemukakan Lee Chean Chung (PH-Petaling Jaya) kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi pada sesi soal jawab.
Tiket Glastonbury habis dijual dalam masa kurang 40 minit
Pas masuk mula dijual pada 9 pagi dan penganjur acara memaklumkan pada 9:35 pagi Ahad (0935 GMT), semua tiket habis dijual.
Persembahan penuh emosi, Sarkas juara Muzikal Lawak Superstar 4, bawa pulang RM150,000
Kumpulan yang dianggotai Danial Zaini, Acap S dan Shashic, yang turut menjemput pelawak Shuib sebagai artis jemputan, mendapat markah tertinggi.
Pelancong asing lega dapat terbang semula
Beberapa penumpang yang sebelum ini terkandas di lapangan terbang akibat ancaman letusan gunung berapi Lewotobu Laki-Laki gembira apabila mereka akhirnya dapat terbang semula ke destinasi masing-masing.
Kontena hempap kereta: Pemandu treler didakwa hari ini
Ketua Polis Daerah SPT ACP Helmi Aris mengesahkan lelaki berusia 51 tahun itu akan didakwa hari ini selepas tamat reman pada Ahad.
Sehingga kini, Malaysia tidak pernah iktiraf negara haram Israel - Fahmi
Dalam wawancara Perdana Menteri bersama CNN yang tular baru-baru ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan jelas menyatakan pendirian Malaysia untuk melindungi kewujudan Palestin.
Lawatan rasmi PM ke Mesir jana potensi eksport bernilai RM4.8 bilion - MITI
Lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Mesir telah berjaya mengukuhkan hubungan dua hala Malaysia-Mesir, sekali gus menjana potensi eksport bernilai RM4.8 bilion (US$1.1 bilion).
PM Anwar tiba di Peru, lawatan sulung ke benua Amerika Selatan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat tiba di Lima pada malam Selasa bagi memulakan lawatan rasmi sulung beliau ke benua Amerika Selatan.
Jangan harap perlindungan jika ada terbabit kes rasuah - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Tiada perlindungan akan diberikan bagi sesiapa yang terbabit dalam kes rasuah.
Alix Didier angkat sumpah perdana menteri baharu Haiti
Alix Didier Fils-Aime mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Haiti pada Isnin, lapor Xinhua memetik The Haitian Times.
Keputusan PM Anwar tidak ambil gaji tidak bertentangan ajaran Islam - JPPA PKR
Keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengambil gaji adalah tidak bertentangan dengan ajaran Islam sama ada dari sudut niat mahupun pelaksanaannya.
PM Anwar, delegasi Malaysia diberi penghormatan tinggi dalam lawatan kerja ketiga ke China
Malaysia menerima penghormatan besar oleh China dalam siri lawatan kerja ketiga Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke republik itu yang bermula 4 hingga 7 November 2024.
Kerajaan sentiasa pantau keselamatan pasukan MALBATT di Lubnan - PM Anwar
Duta Besar Malaysia ke Lubnan, Azri Mat Yacob sentiasa memaklumkan setiap perkembangan pasukan pengaman tersebut.
Anwar jamin terus bantu keluarga Paramesvaree
Perdana Menteri akan terus membantu keluarga Paramesvaree dari Klang, Selangor yang berdepan kesusahan hidup selain diuji masalah kesihatan.
‘Saya paling tak toleransi orang tanam kebencian kaum’ - PM
Saya paling tak toleransi dengan orang tanam kebencian kaum - PM