Shi Feng memerlukan 44 minit untuk mengesahkan kemenangan 21-10 dan 21-13 dalam pertemuan keempat mereka sepanjang tahun ini bagi mengesahkan gelaran super 500 itu menjadi miliknya.
Begitupun, persembahan sepanjang kejohanan berlangsung buat wakil tunggal negara itu menarik perhatian legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, yang menyaksikan pertembungan dua pemain handalan itu.
“Saya menyaksikan perjalanan luar biasa Jun Hao di Jepun dengan rasa bangga yang luar biasa. Usaha serta semangat juang yang tinggi dan keazaman penuh kamu benar-benar memberi inspirasi kepada ramai orang, termasuk saya sendiri.
“Teruskan percaya pada diri sendiri, kekal kuat dan jangan berhenti mengejar impian. Malaysia sentiasa berada di belakang sepanjang perjalanan kamu.
“Tahniah Jun Hao! Kami di sini akan sentiasa menyokong awak. Cara awak terbang atas gelanggang memang terbaik.
"Percaya pada diri sendiri bahawa awak boleh!
Pemain yang berada di ranking ke-31 dunia itu dijangka menyertai siri jelajah terakhir di Masters China, yang akan bermula 19 Nov.