BEKAS pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei, mengucapkan tahniah kepada kontinjen para negara yang berjuang untuk mengharumkan nama Malaysia.

Dia memberikan ucapan itu menerusi satu posting di laman X, susulan kejayaan atlet para negara beraksi di Sukan Paralimpik Paris 2024.

Kontinjen negara menamatkan temasya 11 hari di Paris dengan memperoleh dua pingat emas, dua perak dan satu gangsa.

"Tahniah , tahniah dan tahniah! Amat terharu apabila nampak anda semua menjulang nama negara di pentas dunia! Pujian teratas haruslah diberi kepada anda semua atas kejayaan yang dicapai.

"Anda telah menunjukkan kekuatan luar biasa dan semangat juang yang tinggi, menjadi contoh kepada kita semua bahawa dengan usaha gigih, tiada yang mustahil. Saya amat berbangga dengan pencapaian anda.

"Teruskan melakar kejayaan dan mengharumkan nama negara di persada dunia, jaguh jaguh negara Eddy , Liek Hou, Ziyad, Bonnie dan Latif ! Tahniah ! Tabik spring!" katanya. -- Stadium Astro