"Pertama kali saya ingin ucapkan terima kasih kepada isteri tersayang yang hadir menyokong saya namun saya hanya mampu berikan pingat perak sahaja buat kali ini," ujar Latif ketika ditemu bual wartawan Astro Arena, Karl Nunis usai upacara penyampaian pingat.
Nabila menerusi postingnya di aplikasi Instagram turut meluahkan rasa bangganya kepada Latif atas pencapaian mengharumkan nama Malaysia di temasya paling berprestij di dunia itu.
Ia merupakan kali pertama buat isterinya 'turun padang' untuk menyaksikan Latif beraksi di pentas dunia.
Pasangan dua sejoli itu sah mengikat tali perkahwinan mereka pada tahun yang sama dengan pengiktirafannya sebagai 'Datuk' pada 2022 selepas kejayaan menyumbangkan pingat emas berganda dalam temasya Paralimpik Rio 2016 dan Tokyo 2022. -- Stadium Astro