KUALA LUMPUR: Arena badminton negara hari ini berduka dengan pemergian seorang tokohnya, Datuk Seri Dr Abdullah Fadzil Che Wan, yang pernah menerajui Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selama tujuh tahun.
Allahyarham yang berusia 78 tahun, menghembuskan nafas terakhir pada 3 pagi tadi di sebuah hospital swasta di ibu negara.
Dr Abdullah Fadzil pada awalnya berkhidmat sebagai Timbalan Presiden BAM kepada Allahyarham Tan Sri Elyas Omar, yang menyaksikan Malaysia merangkul Piala Thomas buat kali terakhir pada 1992 dan meraih pingat pertama di Olimpik menerusi adik-beradik Sidek, Datuk Razif-Datuk Seri Jalani dalam acara beregu lelaki di Olimpik Barcelona 1992.
Allahyarham yang juga merupakan bekas Timbalan Menteri Luar (1987-1995) dan Timbalan Menteri Pertahanan (1995-1999), kemudian mengambil alih pucuk kepimpinan BAM dan berkhidmat sebagai Presiden BAM bermula 1993 hingga 2000.
Pada tempoh itu juga, Malaysia meraih pingat perak pertama di Sukan Olimpik menerusi gandingan beregu lelaki Datuk Cheah Soon Kit-Yap Kim Hock di edisi Atlanta 1996, selain pingat pertama dalam acara perseorangan apabila Datuk Rashid Sidek raih gangsa perseorangan lelaki.
BAM dan Presidennya Tan Sri Mohamad Norza Zakaria, turut bersedih dengan pemergian Dr Abdullah Fadzil, yang dikenang sebagai tokoh yang telah menabur bakti kepada tanah air, terutamanya kepada sukan badminton.
"Salam takziah kepada keluarganya. Sumbangan Allahyarham kepada sukan badminton akan sentiasa dihargai.
"Pemergian beliau merupakan kehilangan besar kepada negara. Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman," kata Mohamad Norza ketika dihubungi.
Beliau merupakan Orang Kaya Kaya Panglima Kinta Seri Amar Bangsa Diraja dan Ahli Parlimen Bukit Gantang bermula 1986 hingga 2004, meninggalkan seorang balu Datin Seri Ezatul Hamsiah Hussein dan tujuh orang anak.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 06 2023

Allahyarham yang berusia 78 tahun, menghembuskan nafas terakhir pada 3 pagi tadi di sebuah hospital swasta di ibu negara.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Jahaberdeen lebih minat pertahan jawatan di BAM
Jahaberdeen masih belum memberi bayangan jelas mengenai kemungkinan merebut jawatan presiden baharu.

BAMTC 2025: Pengajaran berguna buat pemain Malaysia - Rexy
Rexy sebaliknya berkata ia adalah pengajaran berharga buat pemain sandaran dalam usaha membina kematangan di pentas antarabangsa.

Badminton: Herry belum fikir ubah gandingan beregu lelaki negara
Ketua jurulatih beregu lelaki negara Herry Iman Pierngadi tidak berhasrat untuk memecah gandingan sedia ada buat masa ini.

Konsistensi dan komitmen ramuan bergelar juara dunia - Herry
Katanya, ramuan itu tidak akan lengkap sekiranya tidak 'diadun' dengan disiplin serta semangat juang yang tinggi dalam kalangan pemain.

Tiada unsur jenayah dalam kes pegawai tinggi BAM - Azam Baki
Satu laporan lengkap berhubung siasatan akan dihantar kepada Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh kerana wujud beberapa perkara yang perlu diperbetulkan.

Herry Iman ketua jurulatih beregu lelaki negara - BAM
Teka-teki mengenai ketua jurulatih beregu lelaki terjawab hari ini selepas Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengumumkan Herry Iman Pierngadi membimbing skuad kebangsaan berkuat kuasa 1 Feb ini.

Kurang cergas punca Pearly-Thinaah tersingkir awal - Rexy
Rexy Mainaky mengakui keadaan pemain beregu wanita negara Pearly Tan-M Thinaah yang tidak cukup cergas menjadi punca mereka tersingkir awal di Terbuka Malaysia 2025.

BAM tidak lagi mahu dengar alasan pemain - Subramaniam
BAM telah melaburkan sejumlah wang yang besar untuk membayar jurulatih berkualiti tinggi serta pemain.

BAM nafi tuduhan Megat D Shahriman
Goh menyifatkan tuduhan itu tidak munasabah dan menegaskan BAM bukan antara persatuan yang 'mencabar' kedudukan AGM MPM.

BAM muktamadkan pengganti Bin Shen dua minggu lagi
BAM sedang meneliti beberapa calon termasuk jurulatih tempatan bagi menggantikan Tan Bin Shen.