Gimnas berirama negara, Amy Kwan Dict Weng bangkit menebus kekecewaan semalam, dengan meraih pingat gangsa pada Kejohanan Gimnastik Berirama Asia 2018, yang berakhir hari ini.
Pada kejohanan berlangsung di Axiata Arena itu, menyaksikan gimnas berusia 23 tahun itu memenangi pingat gangsa dalam apparatus reben individu setelah mengumpul 13.700 mata.
Pingat emas acara berkenaan dimenangi Alina Adilkhanova dari Kazakhstan dengan kutipan 16.250 mata, manakala gimnas China Shang Rong meraih perak selepas mengumpul 14.450 mata.
"Saya benar-benar tidak jangka memenangi pingat kerana pungutan mata saya tidak berapa baik. Selepas menamatkan rutin, saya tidak tahu prestasi gimnas lain. Apabila mereka beritahu saya memenangi pingat gangsa, saya terkejut.
"Jumlah mata yang saya peroleh tidak terlalu tinggi. Dalam apparatus lain, peserta lain meraih sekitar 15.0 atau 16.0 mata. Dengan jumlah 13.700 mata, ia agak rendah," kata Amy.
Pemenang pingat emas Sukan Komanwel itu berkata dia tidak meletakkan harapan tinggi pada kejohanan berkenaan.
"Selepas Sukan Komanwel, saya hanya rehat dua hari bagi membuat persiapan untuk kejohanan ini dan dengan kecederaan pada pergelangan kaki kiri, saya tidak memaksa diri saya untuk melakukan yang terbaik," katanya.
Selain Amy, Rayna Hoh Khai Ling meraih pingat gangsa keduanya dalam kategori remaja.
Walaupun berasa letih, gimnas berusia 15 tahun itu mampu mempamerkan prestasi membanggakan.
"Saya berasa penat dan sedikit lesu. Saya tidak menyasarkan meraih pingat dalam sebarang apparatus hari ini. Saya hanya melakukan terbaik untuk mendapatkan keputusan yang baik. Sebelum memasuki gelanggang, saya tidak mempunyai banyak masa membuat latihan bagi rutin saya ini," kata Rayna, yang berjaya layak ke final dalam kesemua empat apparatus individu.
Dalam saingan hari ini, beliau meraih pingat gangsa dalam apparatus belantan individu final dengan memperoleh 14.150 mata.
Pingat emas dimenangi Sabina Bakatova dari Kazakhstan yang mengutip 14.900 mata, manakala Ekatarina Fetisova dari Uzbekistan memenangi perak dengan kutipan 14.700 mata.
Pelajar Sekolah Menengah Convent Bukit Nanas itu memenangi pingat gangsa dalam acara all-around individu, semalam.
Selepas empat hari kejohanan, gimnas Malaysia memenangi empat pingat gangsa. -- Bernama
Bernama
Wed May 02 2018
Amy (kanan) bersama pemenang pingat emas Kategori 'Senior Individual Apparatus Finals Ribbon', Alina Adikhanova dari Kazakhstan (tengah) dan pemenang pingat perak, China Rong Shang dari China.
Lee Zii Jia sah tidak sertai Terbuka India, Masters Indonesia
Lee Zii Jia tidak akjan menyertai Kejohanan Terbuka India dan Kejohanan Masters Indonesia yang akan berlangsung bulan ini.
Pantau Belanjawan: Dimensi ASEAN Plus: Strategi diplomasi untuk perhubungan antarabangsa
Terokai bagaimana konsep ASEAN Plus menjadi pemangkin dalam diplomasi global dan hubungan antarabangsa. Bersama Timbalan Pengarah Eksekutif (Pengurusan Fasiliti & Digital), Pusat Pengurusan Penjanaan UKM
Pensyarah Fakulti Ekonomi & Pengurusan, UKM, Prof Madya Dr Mustazar Mansur untuk mendalami isu strategik ini dari perspektif ekonomi, pengurusan, dan digitalisasi.
Pensyarah Fakulti Ekonomi & Pengurusan, UKM, Prof Madya Dr Mustazar Mansur untuk mendalami isu strategik ini dari perspektif ekonomi, pengurusan, dan digitalisasi.
ChatGPT diguna untuk rancang letupan Tesla Cybertruck di Las Vegas - Polis
Suspek menggunakan ChatGPT untuk mengetahui jumlah bahan letupan yang diperlukan untuk operasi itu serta menyelidik potensi letupan.
Kebakaran hutan landa Los Angeles, 30,000 penduduk dipindahkan
Sekurang-kurangnya 2,921 ekar kawasan Pacific Palisades, antara Santa Monica dan Malibu, telah terbakar.
Perluas perlindungan sosial untuk penyakit jarang jumpa - Pakar
Ketiadaan perlindungan ditawarkan kebanyakan polisi insurans menyebabkan penghidap penyakit jarang jumpa berdepan risiko dalam aspek perlindungan sosial.
AWANI Ringkas: JS-SEZ | Bumbung Axiata Arena Bocor
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Malaysia umum insentif cukai untuk JS-SEZ
Pelabur dalam JS-SEZ layak menerima pelbagai insentif, termasuk kadar cukai korporat khas, berkuat kuasa pada 1 Januari.
Lesen Layang-Layang Island Resort dibatalkan - MOTAC
MOTAC memandang serius sebarang perlanggaran peruntukan undang-undang oleh pengusahaan pelancongan berlesen.
Penunggang motosikal maut langgar lembu berkeliaran
Seorang penunggang motosikal maut selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh seekor lembu berkeliaran.
PIFF 2025: Pacu industri francais dan kopi di Malaysia sejak 2004
Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS), sebuah syarikat pegangan pelaburan milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan dan dikawal selia oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.
Muhammad Rafiq, Amy Kwan Olahragawan dan Olahragawati 2018
Muhammad Rafiq muncul pemain boling lelaki ketiga diberikan pengiktirafan sedemikian selepas kali terakhir atlet sukan boling diangkat sebagai Olahragawan pada 1984 menerusi, Michael Chuah.
Amy tebus kesilapan, raih pingat gangsa
Gimnas berirama negara, Amy Kwan Dict Weng bangkit menebus kekecewaan semalam, dengan meraih pingat gangsa pada Kejohanan Gimnastik Berirama Asia 2018, yang berakhir hari ini.
Malaysia intai peluang layak ke Sukan Olimpik Belia
Gimnas negara berpeluang untuk menempah tempat untuk beraksi pada Sukan Olimpik Belia (YOG) di Buenos Aires, Argentina pada Oktober depan.
Gimrama sumbang emas kelima kepada kontinjen negara
Pingat emas itu merupakan yang kelima buat Malaysia selepas sembilan hari Sukan Komanwel membuka tirai.
Gimnas Amy Kwan menangi pingat emas ke-100 Malaysia
Malaysia hari ini memenangi pingat emas ke-100 pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) apabila Amy Kwan Dict Weng menyumbangkan kilauan emas dalam acara aparatus reben individu gimnastik berirama.