Gimnas negara berpeluang untuk menempah tempat untuk beraksi pada Sukan Olimpik Belia (YOG) di Buenos Aires, Argentina pada Oktober depan.
Setiausaha Agung Persekutuan Gimnastik Malaysia (MGF) Jimmy Tan berkata kejohanan Gimnastik Berirama Asia adalah antara kejohanan penting untuk melayakkan diri ke YOG khususnya melalui Kejohanan Gimnastik Berirama Remaja ke-16.
"Selepas pertandingan kelayakan hari ini, Rayna (Hoh Kai Ling) ialah harapan terbaik kita untuk layak ke YOG. Syarat kelayakan bagi YOG adalah berdasarkan keputusan pusingan kelayakan pada Kejohanan Asia dan bukan berdasarkan keputusan hari terakhir," kata beliau ketika ditemui di Axiata Arena Bandar Sukan Kuala Lumpur, pada Ahad.
Menurut Tan, kejohanan itu akan menjadi platform terbaik buat gimnas remaja negara menilai prestasi kerana mereka yang berada di kelompok tujuh terbaik akan layak secara automatik ke YOG.
Tambah beliau, jumlah itu bagaimanapun memberi kelayakan maksimum satu gimnas untuk mewakili satu negara sahaja.
Selepas dua aparatus dipertandingkan hari ini, Rayna menguasai acara gelung dengan mengumpul 14.500 mata manakala dalam aparatus bola pula gimnas berusia 15 tahun itu berada dikedudukan kelima dengan 13.350 mata.
Esok, beliau akan meneruskan cabaran pusingan kelayakan dalam acara belantan dan reben.
Bagaimanapun Tan berkata MGF tidak meletakkan sebarang sasaran kepada gimas senior memandangkan kejohanan berkenaan turut disertai gimnas Olimpian dari beberapa negara kuasa besar gimnastik seperti Jepun, Uzbekistan, Kazakhstan, Korea Selatan dan China.
"Tahap pertandingan adalah lebih tinggi daripada Sukan Komanwel. Ia lebih sukar untuk gimnas senior kita," katanya.
Lapan gimnas terbaik (remaja dan senior) dalam setiap aparatus individu melayakan diri ke peringkat akhir aparatus individu keseluruhan pada 1 Mei dan aparatus individu pada 2 Mei.
Sementara itu gimnas senior, Amy Kwan Dict Weng yang ditemui berkata walaupun terpaksa berhadapan saingan sengit, beliau berpuas hati dengan persembahan yang diberikan.
"Selepas berbincang dengan jurulatih, saya mengekalkan rutin persembahan yang sama seperti ketika di Sukan Komanwel tempoh hari. Pada mulanya mahu menyerap beberapa elemen baharu dalam rutin tetapi tidak jadi...rutin itu akan digunakan pada Sukan Asia," kata gimnas berusia 23 tahun itu.
Selain Malaysia, edisi kali ini melibatkan penyertaan 18 negara lain iaitu China, Jepun, Korea Selatan, Uzbekistan, Kazakhstan, Mongolia, Krygyztan, Taiwan, Hong Kong, Vietnam, Thailand, Singapura, Indonesia, Filipina, Qatar, India, Lubnan dan Korea Utara.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 29 2018

kejohanan Gimnastik Berirama Asia adalah antara kejohanan penting untuk melayakkan diri ke YOG khususnya melalui Kejohanan Gimnastik Berirama Remaja ke-16. - Foto Bernama

AKPK beri manfaat kepada 1.4 juta individu sehingga Disember 2024 - Kementerian Kewangan
AKPK telah memberi manfaat kepada hampir 1.4 juta individu melalui khidmat nasihat kewangan secara percuma dan membantu sekitar 495,000 peminjam melalui PPK sehingga Disember 2024.

Hampir 1 daripada 10 warga emas di Korea Selatan hidap penyakit Alzheimer
Jumlah pesakit demensia di Korea Selatan juga dijangka melebihi satu juta orang tahun depan, menurut data yang dikeluarkan.

Pendatang asing disaran manfaat Program Repatriasi Migran - Saifuddin Nasution
Pendatang asing yang berhasrat pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri diminta memanfaatkan Program Repatriasi Migran yang dilanjutkan hingga April ini.

Polis Melaka galak penduduk daftar VSP
Polis Melaka akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menggalakkan lebih ramai penduduk negeri ini mendaftar dalam aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

KDN kaji model perjanjian antarabangsa selesai isu pencerobohan nelayan Vietnam
KDN sedang mengkaji model kerjasama antarabangsa melibatkan eksplorasi hasil laut sebagai antara usaha menyelesaikan isu pencerobohan oleh nelayan Vietnam di perairan negara.
Individu pertama dibenar keluar hospital guna jantung titanium
Seorang lelaki berusia 40-an menjadi individu pertama dibenarkan keluar dari hospital setelah dipasang jantung tiruan sepenuhnya pada Rabu.
Doktor di Sri Lanka lancar mogok, tuntut keadilan mangsa rogol
Sekumpulan doktor di Sri Lanka melancarkan mogok sehari bermula pagi Rabu sebagai tanda solidariti terhadap seorang doktor wanita yang dipercayai dirogol ketika bertugas di Hospital Pengajar Anuradhapura pada Isnin.
Perkhidmatan stesen kereta api Quetta dihentikan buat sementara waktu
Penggantungan operasi ini bertujuan meningkatkan lagi keselamatan orang ramai susulan serangan ke atas sebuah kereta api penumpang dari Quetta ke Peshawar pada Selasa yang meragut beberapa nyawa.
Tujuh negara memenuhi piawaian kualiti udara WHO
Menurut firma pemantauan kualiti udara, Switzerland IQAir, Chad dan Bangladesh adalah negara paling tercemar di dunia pada 2024, dengan purata paras asap lebih 15 kali lebih tinggi daripada garis panduan WHO.
Duterte mungkin dipenjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup
Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte mungkin menghadapi hukuman penjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup jika disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) atas tuduhan jenayah terhadap kemanusiaan berhubung perang dadah.

Muhammad Rafiq, Amy Kwan Olahragawan dan Olahragawati 2018
Muhammad Rafiq muncul pemain boling lelaki ketiga diberikan pengiktirafan sedemikian selepas kali terakhir atlet sukan boling diangkat sebagai Olahragawan pada 1984 menerusi, Michael Chuah.

Amy tebus kesilapan, raih pingat gangsa
Gimnas berirama negara, Amy Kwan Dict Weng bangkit menebus kekecewaan semalam, dengan meraih pingat gangsa pada Kejohanan Gimnastik Berirama Asia 2018, yang berakhir hari ini.

Malaysia intai peluang layak ke Sukan Olimpik Belia
Gimnas negara berpeluang untuk menempah tempat untuk beraksi pada Sukan Olimpik Belia (YOG) di Buenos Aires, Argentina pada Oktober depan.

Gimrama sumbang emas kelima kepada kontinjen negara
Pingat emas itu merupakan yang kelima buat Malaysia selepas sembilan hari Sukan Komanwel membuka tirai.

Gimnas Amy Kwan menangi pingat emas ke-100 Malaysia
Malaysia hari ini memenangi pingat emas ke-100 pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) apabila Amy Kwan Dict Weng menyumbangkan kilauan emas dalam acara aparatus reben individu gimnastik berirama.