KUALA LUMPUR: Bintang muda skuasy negara, Aira Azman berjaya mencapai impian merangkul gelaran keenam pada penampilan terakhir pada Kejohanan Skuasy Remaja Asia 2023 di Dalian, China, hari ini.
Dalam aksi final, kategori utama perempuan bawah 19 tahun (B-19), Aira, selaku pilihan utama kejohanan, terpaksa berhempas pulas sebelum menumpaskan rakan senegara, K. Sehveetrra 9-11, 11-6,11-8, 11-1 di Gimnasium Xiqang, Dalian.
"Saya amat berpuas hati dengan prestasi saya sepanjang kejuaraan ini. Pastinya, ia tidak mudah untuk saya sebagai penyandang juara, ada banyak tekanan yang saya dihadapi untuk mempertahankan gelaran ini," katanya, menerusi kenyataan,yang dikeluarkan oleh Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM).
Sebelum ini, pemain kelahiran Kedah itu pernah muncul juara Asia bagi kategori B-13 dan B-15.
Sementara itu, dalam kategori lelaki B-19 lelaki, Joachim Chuan menebus kekecewaan tahun lalu dengan mengatasi rakan senegara, Harith Danial Jefri, dengan keputusan 11-9, 7-11, 10-13, 11-6, 13-11.
Dalam aksi final lelaki B-17, Low Wa Sern berdepan saingan sengit sebelum menewaskan pemain Korea Selatan, Na Joo Young 11-6, 11-9, 5-11, 13-11.
Kemenangan ini turut menebus kekecewaan Wa Sern di tangan Joo Young pada final edisi lalu di Na Chom Thian, Thailand.
Sementara itu pada aksi final lelaki B-15, jayden Oon menampilkan aksi cemerlang apabila menewaskan pemain Jepun, Shunsaku Kariyazono 4-11, 11-4, 11-5, 11-5.
Pada pertemuan final sesama wakil Malaysia dalam kategori perempuan B-13, Jinoreeka Ning Manivannan menewaskan rakan sepasukan, Niea Chew dengan keputusan 11-6, 9-11, 11-6, 16-14.
Mengulas prestasi pemain negara pada kejohanan itu, ketua jurulatih skuad remaja negara, Shahril Shahidan berkata beliau sangat berpuas hati dengan kesemua pemain termasuk mereka yang tersingkir pada pusingan sebelum ini.
"Ramai pemain asing memuji pemain kita yang beraksi dengan penuh semangat tanpa mudah mengalah. Walaupun mereka hampir kalah namun tetap berjuang sehingga mata terakhir.
"Bagi saya, masa depan pemain negara berada di landasan yang tepat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 20 2023

Bintang muda skuasy negara, Aira Azman berjaya mencapai impian merangkul gelaran keenam pada penampilan terakhir pada Kejohanan Skuasy Remaja Asia 2023 di Dalian, China, hari ini. - Foto Instagram/@airaazman

Kuwait kutuk tindakan Israel putuskan bekalan elektrik di Gaza
Kuwait menyifatkan tindakan ini sebagai pelanggaran hak asasi dan undang-undang antarabangsa.

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

Skuasy: Aifa-Aira juara beregu wanita Asia 2024
Gandingan adik beradik, Aifa Azman-Aira Azman menepati ramalan apabila bergelar juara beregu wanita Kejohanan Skuasy Beregu Asia 2024.

Skuasy: Aira harap menang emas dalam acara berpasukan di sebagai hadiah hari lahir
Pemain skuasy negara Aira Azman yang meraikan ulang tahun ke-19 hari ini, berharap dapat menyumbang pingat emas buat Malaysia menerusi acara akhir berpasukan wanita.

Sivasangari rangkul Trofi Tuanku Muhriz 2023
Sivasangari hanya mengambil masa 27 minit untuk mengetepikan cabaran Aira dengan kemenangan straight set 11-8, 11-8, 11-9 untuk merangkul gelaran sulungnya musim ini.

Aira rangkul gelaran remaja Asia keenam pada penampilan terakhir
Bintang muda skuasy negara, Aira Azman berjaya mencapai impian merangkul gelaran keenam pada penampilan terakhir pada Kejohanan Skuasy Remaja Asia 2023 di Dalian, China, hari ini.

Pilihan utama, Aira, Joachim, mara ke suku akhir Kejohanan Remaja Asia
Aira mengatasi pemain Sri Lanka, Chanithma Sinely, 11-8, 11-3, 11-0 pada aksi pusingan kedua di Gimnasium Xiqang, Dalian.

Aira juara baharu acara wanita Kejohanan Skuasy Kebangsaan
Bintang muda meningkat naik Aira Azman muncul juara baharu acara wanita Kejohanan Skuasy Kebangsaan edisi ke-38 selepas menumpaskan pemain lebih berpengalaman Noor Ainaa Amani Ampandi, 3-1 hari ini.

Aira permata baharu skuasy negara - Jurulatih
Prestasi Aira cukup memberangsangkan apabila muncul naib juara acara individu wanita selepas tewas kepada juara bertahan Amina Orfi.

Skuasy: Peluang Malaysia tebus kekecewaan di pentas final
Malaysia layak ke final buat kali ketiga berturut-turut dengan menewaskan Amerika Syarikat 3-0 pada aksi separuh akhir pada Jumaat.

Skuasy: Malaysia ke separuh akhir Berpasukan Remaja Wanita Dunia
Aira yang baru-baru ini dinobatkan naib juara perseorangan remaja dunia, tidak berdepan masalah untuk menyumbang mata pertama negara.

Aira bawa harapan akhiri penantian 22 tahun negara raih juara remaja dunia
Aira Azman hanya tinggal selangkah sahaja lagi bagi mengakhiri penantian 22 tahun negara untuk meraih gelaran juara Kejohanan Skuasy Remaja Dunia 2023 di Melbourne, Australia.