KUALA LUMPUR: Bintang muda skuasy negara, Aira Azman, dalam misi memburu gelaran keenam juara remaja Asia, dengan mudah melangkah ke suku akhir Kejohanan Individu Remaja Asia ke-30 di Dalian, China, semalam.
Selaku naib juara remaja dunia dan pilihan utama kategori bawah 19 tahun, Aira, mengatasi pemain Sri Lanka, Chanithma Sinely, 11-8, 11-3, 11-0 pada aksi pusingan kedua di Gimnasium Xiqang, Dalian.
Pemain berusia 19 tahun itu, dalam penampilan terakhir pada kejohanan remaja itu, akan menentang Goh Zhi Xuan di pentas suku akhir hari ini selepas rakan senegaranya itu menyingkirkan wakil Hong Kong, Lam Po Ying 11-3,11-6, 11-6.
Selain itu, dua pemain negara, U. Thanusaa dan K. Sehveetrraa Kumar turut mara ke suku akhir selepas mereka menewaskan pencabar masing-masing daripada Hong Kong, Leung Ka Huen (11-6, 11-7, 5-11, 11-9) dan Singapura, Leia (11-7, 11-3, 11-5).
Dalam kategori lelaki bawah 19 tahun, pilihan pertama kejohanan, Joachim Chuah turut mengesahkan slot suku akhir apabila dengan mudah menyingkirkan pemain Mesir, Salem Al-Malki 11-2, 11-3, 11-2.
Rakan senegara dan pilihan kedua kejohanan, Harith Danial turut melangkah ke suku akhir dengan menumpaskan wakil India, Aryan Pratap Singh 11-7, 11-6, 9-11, 11-6.
Sementara itu, jurulatih skuad remaja negara, Shahril Shahidan, berkata Aira dan Joachim telah menampilkan aksi membanggakan untuk menumpaskan lawan masing-masing.
"Joachim mudah menewaskan lawannya kerana pihak lawan tidak mampu untuk mengikut rentak kelajuan dipamerkan Joachim dalam gelanggang.
"Aira pula pada permulaannya agak goyah dan banyak melakukan kesilapan mudah tetapi seperti biasa dia mampu bangkit dengan melakukan pukulan lebih berkualiti selepas itu untuk mencapai kemenangan," katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan Persatuan Skuasy Malaysia (SRAM), semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 18 2023

Menurut Shahril, Aira (gambar) pada permulaannya agak goyah dan banyak melakukan kesilapan mudah tetapi kemudiannya bangkit dengan melakukan pukulan lebih berkualiti untuk mencapai kemenangan. - Gambar fail/Facebook World Squash Federation

Kuwait kutuk tindakan Israel putuskan bekalan elektrik di Gaza
Kuwait menyifatkan tindakan ini sebagai pelanggaran hak asasi dan undang-undang antarabangsa.

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

Joachim, Sehveetrraa juara Piala Cabaran PSA Hong Kong 2024
Pada aksi final di Kelab Kriket Kowloon, Joachim mengejutkan pilihan ketujuh dan wakil tuan rumah Harley Lam 11-6, 11-6, 11-4.

Sivasangari pemain skuasy wanita ketiga negara tembusi 10 terbaik dunia
Sivasangari muncul pemain wanita ketiga negara yang menembusi senarai 10 pemain terbaik selepas Nicol David dan Low Wee Wern.

Kejohanan Skuasy Dunia: Sivasangari, Eain Yow kandas di pusingan ketiga
Harapan Malaysia dalam Kejohanan Skuasy Dunia Persatuan Skuasy Profesional (PSA) 2023-2024 berakhir apabila kedua-dua S. Sivasangari dan Ng Eain Yow gagal melangkah ke suku akhir.

Sivasangari, Eain Yow mara pusingan kedua Kejohanan Skuasy Dunia
Atlet kelahiran Kedah itu tidak berdepan masalah untuk mara selepas mengetepikan wakil Latvia Ineta Hopton 11-6,11-8,11-8.

Peluang Sivasangari ikut jejak Nicol
Menurut Rizal, Sivasangari perlu diberi peluang melalui proses pembinaan kerjaya yang betul, sekali gus mengelak tekanan tinggi.

Sivasangari cipta sejarah juara Skuasy Klasik London
Pemain berusia 25 tahun yang menghuni kedudukan 13 dunia itu menyingkirkan cabaran bintang nombor dua dunia dari Mesir, Hania El Hammamy.

Skuasy: Sivasangari hampir ketepikan juara bertahan Cleveland
S Sivasangari tewas kepada lawannya dari Georgina Kennedy dari England di separuh akhir, malam tadi.

Tokoh korporat beri sumbang peribadi untuk Yayasan Nicol, Kenneth Low
Tan Sri Mohamad Salim menyampaikan sumbangan peribadi berjumlah RM15,000 kepada Pertubuhan Nicol David dan bekas pemain skuasy negara Kenneth Low.

Nicol mahu lihat lebih ramai pemain wanita negara dalam 15 teratas
Nicol zahirkan harapan untuk melihat lebih ramai pemain wanita negara mencapai kedudukan 15 teratas dalam ranking dunia PSA.

Sukan skuasy dipertandingkan di Olimpik 2028
Skuasy bakal dipertandingkan di pentas Sukan Olimpik 2028 (LA28) selepas mendapat kelulusan Lembaga Eksekutif Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dalam satu mesyuarat yang berlangsung di Mumbai.