KUALA LUMPUR: Malaysia sekali lagi berpeluang untuk menamatkan penantian selama hampir empat dekad untuk mencipta sejarah pada pentas final apabila mara buat kali kelima pada Kejohanan Skuasy Berpasukan Remaja Wanita Dunia 2023 di Melbourne, Australia.
Malaysia layak ke final buat kali ketiga berturut-turut dengan menewaskan Amerika Syarikat 3-0 pada aksi separuh akhir di Pusat Sukan dan Akuatik Melbourne, pada Jumaat.
Sandaran utama negara, Aira Azman dipaksa bermandi peluh menentang Caroline Fouts sebelum berhasil menyumbang mata pertama negara.
Naib juara acara perseorangan remaja baru-baru ini, tewas di dua set awal 9-11, 11-13 sebelum bangkit dengan tiga kemenangan berturut-turut dalam perlawanan yang diheret sehingga ke set penentuan 11-6, 11-3, 11-7.
Malaysia kemudian memperoleh mata kedua menerusi kemenangan percuma susulan Madison Ho, yang sepatutnya bertemu pemain negara, K. Sehveetrraa, menarik diri sebelum perlawanan bermula.
U. Thanussa kemudian mengesahkan kemaraan negara ke pentas akhir selepas menewaskan Emma Trauber 11-9, 11-8, 16-14.
Tugas getir menanti pasukan negara di pentas akhir hari ini (Sabtu) apabila dijadual bertemu juara bertahan, Mesir, yang mara selepas menewaskan juara lima kali, England 2-0, dalam satu lagi perlawanan separuh akhir.
Pada dua final sebelum ini pada 2017 dan 2019, Malaysia tewas kepada Mesir, selaku juara tujuh kali kejohanan itu yang diperkenalkan pada 1985.
Malaysia pertama kali layak ke final pada 2001 dan 2007.
Jurulatih kebangsaan, Andrew Cross, menyifatkan aksi final menentang juara bertahan Mesir adalah tugas paling getir dalam sejarah kejohanan dunia itu dan pemain negara akan memperagakan aksi terbaik tanpa sebarang tekanan.
"Mereka melakukan yang terbaik hari ini untuk menang...mungkin mereka hanya terus berjuang ketika bermain rali panjang dan percaya bahawa mereka boleh menang," katanya ketika dihubungi selepas aksi separuh akhir itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 28 2023

Thanussa (kiri) dan Aira ketika beraksi menewaskan Amerika Syarikat pada aksi separuh akhir di Pusat Sukan dan Akuatik Melbourne, Australia, 28 Julai 2023. - Facebook World Squash Federation

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Joachim, Sehveetrraa juara Piala Cabaran PSA Hong Kong 2024
Pada aksi final di Kelab Kriket Kowloon, Joachim mengejutkan pilihan ketujuh dan wakil tuan rumah Harley Lam 11-6, 11-6, 11-4.

Sivasangari pemain skuasy wanita ketiga negara tembusi 10 terbaik dunia
Sivasangari muncul pemain wanita ketiga negara yang menembusi senarai 10 pemain terbaik selepas Nicol David dan Low Wee Wern.

Kejohanan Skuasy Dunia: Sivasangari, Eain Yow kandas di pusingan ketiga
Harapan Malaysia dalam Kejohanan Skuasy Dunia Persatuan Skuasy Profesional (PSA) 2023-2024 berakhir apabila kedua-dua S. Sivasangari dan Ng Eain Yow gagal melangkah ke suku akhir.

Sivasangari, Eain Yow mara pusingan kedua Kejohanan Skuasy Dunia
Atlet kelahiran Kedah itu tidak berdepan masalah untuk mara selepas mengetepikan wakil Latvia Ineta Hopton 11-6,11-8,11-8.

Peluang Sivasangari ikut jejak Nicol
Menurut Rizal, Sivasangari perlu diberi peluang melalui proses pembinaan kerjaya yang betul, sekali gus mengelak tekanan tinggi.

Sivasangari cipta sejarah juara Skuasy Klasik London
Pemain berusia 25 tahun yang menghuni kedudukan 13 dunia itu menyingkirkan cabaran bintang nombor dua dunia dari Mesir, Hania El Hammamy.

Skuasy: Sivasangari hampir ketepikan juara bertahan Cleveland
S Sivasangari tewas kepada lawannya dari Georgina Kennedy dari England di separuh akhir, malam tadi.

Tokoh korporat beri sumbang peribadi untuk Yayasan Nicol, Kenneth Low
Tan Sri Mohamad Salim menyampaikan sumbangan peribadi berjumlah RM15,000 kepada Pertubuhan Nicol David dan bekas pemain skuasy negara Kenneth Low.

Nicol mahu lihat lebih ramai pemain wanita negara dalam 15 teratas
Nicol zahirkan harapan untuk melihat lebih ramai pemain wanita negara mencapai kedudukan 15 teratas dalam ranking dunia PSA.

Sukan skuasy dipertandingkan di Olimpik 2028
Skuasy bakal dipertandingkan di pentas Sukan Olimpik 2028 (LA28) selepas mendapat kelulusan Lembaga Eksekutif Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dalam satu mesyuarat yang berlangsung di Mumbai.