KUALA LUMPUR: Bintang skuasy negara yang sedang meningkat naik Aira Azman hanya tinggal selangkah sahaja lagi bagi mengakhiri penantian 22 tahun negara untuk meraih gelaran juara Kejohanan Skuasy Remaja Dunia 2023 di Melbourne, Australia.
Pemain berusia 18 tahun itu berada di landasan yang betul untuk mengekori jejak Ratu Skuasy Negara Datuk Nicol David, wakil terakhir Malaysia memegang gelaran juara kejohanan itu selepas menewaskan pemain Mesir Omneya Abdel Kawy 9-2, 9-4, 9-2 pada edisi 2001 kejohanan itu di Pulau Pinang.
Aira mara ke perlawanan akhir sulungnya dengan mengalahkan pemain pilihan kedua kejohanan Fayrouz Aboelkheir dari Mesir, 12-10, 11-7,11-8 dalam perlawanan separuk akhir yang berlangsung hari ini.
Menanti Aira yang menjuarai Kejohanan Bawah 15 tahun pada 2018 pada final nanti, juara bertahan Amina Orfi atau Malak Khafagy dari Mesir yang akan bertarung dalam satu lagi perlawanan separuh akhir hari ini.
Aira dalam ulasannya selepas perlawanan separuh akhir itu berkata taktik permainan yang diatur oleh jurulatihnya Andrew Cross benar-benar membantu beliau untuk mara ke perlawanan akhir esok.
"Ia tidak mudah tetapi saya memberikan yang terbaik sebentar tadi, perlawanan sukar esok, saya hanya mahu mempamerkan aksi terbaik saya," katanya dalam satu kenyataan yang dikongsikan Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM).
Aira akan beraksi dalam perlawanan akhir esok pada pukul 12 tengah hari waktu Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 22 2023

Bintang skuasy negara yang sedang meningkat naik Aira Azman hanya tinggal selangkah sahaja lagi bagi mengakhiri penantian 22 tahun negara untuk meraih gelaran juara Kejohanan Skuasy Remaja Dunia 2023 di Melbourne, Australia.

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

PM Anwar seru semua pihak jadi ejen perpaduan, satukan rakyat pelbagai kaum
Perdana Menteri mengajak seluruh rakyat Malaysia agar bersama-sama menjadi ejen perpaduan dan membantu usaha Kerajaan Madani menyatukan seluruh rakyat Malaysia.

Aira bawa harapan akhiri penantian 22 tahun negara raih juara remaja dunia
Aira Azman hanya tinggal selangkah sahaja lagi bagi mengakhiri penantian 22 tahun negara untuk meraih gelaran juara Kejohanan Skuasy Remaja Dunia 2023 di Melbourne, Australia.