HANGZHOU: Pemain skuasy negara Aira Azman yang meraikan ulang tahun ke-19 hari ini, berharap dapat menyumbang pingat emas buat Malaysia menerusi acara akhir berpasukan wanita ketika bertemu juara bertahan Hong Kong, di sini, esok.
Kemenangan itu bakal menjadi kejayaan terbaik buat naib juara Kejohanan Skuasy Remaja Dunia itu sebagai memperingati penampilan sulungnya di Sukan Asia.
"Saya hanya berharap kami akan beraksi dengan baik di peringkat final acara berpasukan. Tiada tekanan, jadi lakukan dengan baik," katanya ketika ditemui di Gelanggang Skuasy Pusat Sukan Olimpik Hangzhou di sini, hari ini.
Dalam perlawanan peringkat separuh akhir hari ini, pasukan skuasy wanita negara menewaskan Korea Selatan 2-0, manakala Hong Kong menewaskan India 2-1.
Walaupun Aira tidak beraksi dalam perlawanan hari ini dan perlawanan akhir Kumpulan B semalam menentang India, namun beliau menyumbang mata untuk skuad negara dengan menewaskan Nepal, Pakistan dan Macau, sebelum ini.
Aira juga akan beraksi dalam acara perseorangan wanita, mulai Ahad ini.
Sejak acara berpasukan diperkenalkan di Sukan Asia Guangzhou 2010, Malaysia yang diketuai oleh bekas ratu skuasy negara Datuk Nicol David, memenangi acara itu berturut-turut pada edisi 2010 dan Doha 2014.
Namun, skuad negara terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa di Jakarta-Palembang 2018 selepas tewas di tangan India di peringkat separuh akhir.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 29 2023

Kemenangan itu bakal menjadi kejayaan terbaik buat naib juara Kejohanan Skuasy Remaja Dunia itu sebagai memperingati penampilan sulungnya di Sukan Asia. - Foto Stadium Astro

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

PM Anwar seru semua pihak jadi ejen perpaduan, satukan rakyat pelbagai kaum
Perdana Menteri mengajak seluruh rakyat Malaysia agar bersama-sama menjadi ejen perpaduan dan membantu usaha Kerajaan Madani menyatukan seluruh rakyat Malaysia.

Azeem terkejut, tidak percaya terima anugerah PJK di usia 19 tahun
Pelari pecut sensasi negara, Azeem muncul antara atlet termuda yang menerima Anugerah PJK bersama dua lagi atlet Perak.

Sukan Asia: Arif Afifuddin sumbang pingat emas pertama skuad karate negara
Muhammad Arif Afifuddin memastikan skuad karate negara berjaya menyumbangkan satu pingat emas dalam acara kumite 84 kilogram Sukan Asia Hangzhou.

Mohd Qabil 'penat', beri bayangan bersara
Mohd Qabil Ambak memberi bayangan bakal mengucapkan selamat tinggal kepada sukan itu selepas berjaya melunaskan impiannya merangkul pingat emas dressage individu.

Jaringan Nuraini bawa Malaysian Tigress raih tempat kelima, dapat slot kelayakan Olimpik
Jaringan lewat permainan Nuraini Abdul Rashid berjaya membantu skuad hoki wanita negara menutup kempen Sukan Asia di tempat kelima.

Badminton: Penilaian prestasi Sukan Asia untuk elak berulang di Paris - Rexy
Kem badminton negara akan melakukan kajian terperinci terhadap prestasi pemain di Sukan Asia Hangzhou, selepas gagal mencapai sasaran satu perak dan dua gangsa.

Thailand ranap misi Malaysia pertahan emas sepak takraw antara regu lelaki
Skuad sepak takraw lelaki negara kecundang kepada Thailand 0-2 pada final acara antara regu di Sukan Asia Hangzhou 2022.

Sukan Asia: Skuad paling cemerlang, bawa pulang tiga pingat emas - SRAM
Prestasi itu hampir mengulangi pencapaian pasukan skuasy negara pada temasya edisi 2010 di di Guangzhou, China.

Eain Yow tekad buru kedudukan 10 terbaik dunia
Selepas merangkul emas di Sukan Asia Hangzhou 2022, pemain skuasy lelaki negara Ng Eain Yow kini berazam untuk memburu kedudukan ke-10 terbaik dunia.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Sukan Asia: Malaysia rangkul perak kata berpasukan wanita
Skuad kata wanita negara melakar pencapaian membanggakan apabila menghadiahkan pingat perak dalam acara berpasukan pada Sukan Asia Hangzhou 2022 di Gimnasium Pusat Sukan Linping, hari ini.