SEPANG: Selepas merangkul emas di Sukan Asia Hangzhou 2022, pemain skuasy lelaki negara Ng Eain Yow kini berazam untuk memburu kedudukan ke-10 terbaik dunia.
Atlet berusia 25 tahun yang kini berkedudukan ke-18 dunia itu berkata, beliau mahu memastikan dapat berada dalam kelompok terbaik dunia, selewat-lewatnya pada Jun tahun depan.
"Untuk musim kali ini, memang saya sasarkan untuk capai kedudukan 10 terbaik dunia, itu sasaran musim ini, sasaran pertama Sukan Asia sudah tercapai," katanya kepada pemberita selepas selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Hangzhou, China, pada Jumaat.
Di Sukan Asia Hangzhou, Eain Yow menepati sasaran apabila membenam pemain veteran India, Saurav Ghosa,l 9-11, 11-9, 11-5, 11-7, dalam perlawanan akhir perseorangan lelaki semalam.
Eain Yow berkata, selepas ini, beliau akan membuat persiapan rapi dalam usaha memburu emas di Piala Malaysia Ace 2023, yang bakal berlangsung di Seremban, November ini.
Dalam pada itu, pemenang pingat emas Kejohanan Perseorangan Asia 2021 itu, turut menyimpan angan-angan untuk melihat sukan skuasy dipertandingkan di Sukan Olimpik Los Angeles pada 2028.
"Saya rasa mungkin ramai orang tak memberi perhatian kepada skuasy sejak Datuk Nicol David bersara, dari zaman beliau lagi ada cakap, kalau Nicol ada peluang tukar lapan world champion kepada satu Olimpik dia mahu tukar.
"Cuma sebab sukan ini tiada dalam Olimpik, kami selalu dengar khabar angin akan dimasukkan dalam Olimpik. Jadi kalau masuk pasti ia akan lebih popular dan lebih banyak bantuan. Saya harap Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa akan mempertimbangkan perkara ini," katanya. - BERNAMA
Bernama
Fri Oct 06 2023

Selepas merangkul emas di Sukan Asia Hangzhou 2022, pemain skuasy lelaki negara Ng Eain Yow kini berazam untuk memburu kedudukan ke-10 terbaik dunia. - Foto BERNAMA
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Eain Yow, Rachel mara ke suku akhir Piala Skuasy Malaysia
Diiring sokongan padu penyokong tempatan, Ng Eain Yow dan Rachel Arnold mudah menewaskan lawan masing-masing untuk mara ke suku akhir Piala Skuasy Ace Malaysia 2024 dijadualkan esok.

Cabaran hebat menanti Sivasangari, Eain Yow pusingan ketiga Kejohanan Skuasy Dunia
Jaguh skuasy wanita negara S. Sivasangari mengetuai kemaraan pemain Malaysia dalam kempen Kejohanan Skuasy Dunia 2024 di Mesir.

Sivasangari, Eain Yow mara pusingan kedua Kejohanan Skuasy Dunia
Atlet kelahiran Kedah itu tidak berdepan masalah untuk mara selepas mengetepikan wakil Latvia Ineta Hopton 11-6,11-8,11-8.

Eain Yow rangkul kejuaraan skuasy Terbuka Jerman
Ng Eain Yow rangkul kejuaraan Siri Jelajah Dunia Persekutuan Skuasy Dunia (PSA) pertamanya setelah menjuarai Terbuka Jerman 2024.

Eain Yow tumbangkan pilihan utama untuk mara final Terbuka Jerman
Turun sebagai pilihan keempat kejohanan Eain Yow bermula baik apabila meraih kemenangan pada set pertama serta kedua, 13-11 dan 11-8.

Eain Yow, Sivasangari jadi sandaran SRAM pada Sukan Olimpik Los Angeles 2028 - Maniam
Maniam optimis Eain Yow dan Sivasangari akan berada pada tahap kemuncak dan mampu jadi antara 10 pemain terbaik dunia menjelang LA2028.

Eain Yow tekad buru kedudukan 10 terbaik dunia
Selepas merangkul emas di Sukan Asia Hangzhou 2022, pemain skuasy lelaki negara Ng Eain Yow kini berazam untuk memburu kedudukan ke-10 terbaik dunia.

Sukan Asia: Eain Yow sumbang emas kelima, Malaysia lepasi sasaran 27 pingat
Pemain perseorangan skuasy lelaki negara, Ng Eain Yow berjaya menyumbang emas kelima negara selepas menundukka pemain India, Saurav Ghosal dengan keputusan 3-1.

Kejohanan Skuasy Asia: Ng Eain Yow muncul juara
Pemain skuasy lelaki negara, Ng Eain Yow, muncul juara Kejohanan Skuasy Individu Asia (AIC) 2023 selepas menewaskan wakil India, Velavan Senthilkumar, hari ini.

Skuasy: Eain Yow juara Terbuka Ireland
Ng Eain Yow melakar sejarah tersendiri apabila muncul pemain keempat Malaysia yang berjaya menjuarai Terbuka Ireland di Dublin pada Ahad.