HANGZHOU: Kem badminton negara akan melakukan kajian terperinci terhadap prestasi pemain di Sukan Asia Hangzhou, selepas gagal mencapai sasaran satu perak dan dua gangsa.
Skuad badminton negara menamatkan kempen dengan satu gangsa menerusi beregu lelaki Aaron Chia-Soh Wooi Yik semalam, selepas pulang tangan kosong pada edisi lepas di Jakarta-Palembang 2018.
Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM) Rexy Mainaky berkata pihaknya akan melakukan analisis prestasi pemain serta semua program yang telah dilakukan ke arah persiapan ke Olimpik Paris 2024.
"Perkara-perkara yang baik kita ambil, yang buat kita macam stagnant itu kena biarkan bagi memastikan kita bangkit ke arah Olimpik. Sukan Asia ini seolah-olah mini Olimpik, jadi kita harus elakkan ia berulang balik.
"Untuk menang di Olimpik, kita harus ada perubahan bukan sahaja daripada jurulatih dan pengurusan, tetapi pemain sendiri sedar bahawa perubahan-perubahan itu harus boleh terima dan jalankan dengan penuh komitmen kerana Olimpik tinggal hanya (lebih kurang) lapan bulan sahaja lagi," katanya kepada pemberita di sini.
Mengulas mengenai prestasi pemain, Rexy, pemenang pingat emas beregu lelaki Olimpik Atlanta 1996 berkata, walaupun Aaron-Wooi Yik telah beraksi dengan baik sepanjang temasya, namun dilihat mempunyai kekurangan dari segi keyakinan dan kekuatan pada aksi separuh akhir.
Aaron-Wooi Yik, juara dunia 2022, terpaksa berpuas hati dengan gangsa selepas tewas 21-17, 21-12 kepada Satwiksairaj Rankireddy-Shirag Chetty, malam tadi.
"Saya ada analisis perlawanan, beregu India telah menukar strategi kerana tahu mereka kalah main depan, jadi mereka tekan Aaron dan Wooi Yik dari awal lagi dengan servis untuk musnah keyakinan mereka.
"Banyak keputusan yang Wooi Yik buat teragak-agak dari segi pertahanan, serang dan masuk ke depan. Kita perlu tengok video dan analisis perkara ini, kerana ia boleh berulang di Olimpik, khususnya apabila lawan pemain India," katanya.
Bagi beregu wanita Pearly Tan-M. Thinaah, yang tersingkir di suku akhir di tangan gandingan nombor dua dunia Baek Ha Na-Lee So Hee daripada Korea Selatan 21-15, 11-21, 7-21, Rexy berkata mereka telah mempamerkan aksi yang baik serta boleh bermain rali panjang.
Bagaimanapun, untuk mencabar beregu utama China, Korea Selatan dan Jepun, beliau berkata mereka perlu lebih mantap dan bertenaga kerana dilihat lebih kepenatan berbanding pasangan Korea Selatan pada aksi suku akhir.
Rexy berkata perseorangan lelaki Ng Tze Yong dan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei turut beraksi dengan baik dan pamer peningkatan untuk mara sehingga suku akhir, namun harus memperbaiki beberapa aspek.
"Tze Yong perlu meningkatkan keyakinan diri dan kekuatan pun harus kuat. Ada beberapa mata yang saya akan bincang dengan jurulatihnya Hendrawan. Tang Jie-Ee Wei bagai tidak bersedia menentang juara bertahan dari China Zheng Siwei-Huang Yaqiong, buat kesilapan selepas mendahului," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 07 2023
Rexy berkata pihaknya akan melakukan analisis prestasi pemain serta semua program yang telah dilakukan ke arah persiapan ke Olimpik Paris 2024. - Gambar fail/Bernama
Daftar Pemilih Tambahan Disember 2024 dibuka untuk semakan - SPR
Semakan Daftar Pemilih Tambahan Bulan Disember Tahun 2024 (DPT BLN12/2024) boleh dibuat untuk tempoh 30 hari bermula hari ini hingga 22 Feb.
Abg Yahya rangkul emas kedua pada Boling Para Dunia di Hong Kong
Pemain boling para kebangsaan Abg Yahya Abg Azhar mencuri tumpuan dengan meraih pingat emas kedua dalam Kejohanan Boling Dunia Para IBF 2025 di Hong Kong.
JKN Perak rampas steroid anabolik, produk kosmetik bernilai RM2.06 juta
Operasi berkenaan dijalankan terhadap enam premis di sekitar Perak dan dipercayai ia dijadikan sebagai stor simpanan bagi semua produk tidak sah itu.
Najib anggap surat derma daripada Arab Saudi tulen
Najib berkata beliau tidak bertanyakan mengenai keaslian surat-surat berkaitan derma daripada Arab Saudi kerana beliau menganggap dokumen itu adalah tulen.
Bitcoin: Lebih 60 pemilik rumah, premis jadi mangsa pendawaian haram
Lebih 60 pemilik rumah dan kedai berdepan tuntutan bayaran elektrik daripada TNB selepas premis mereka diguna penyewa menjalankan kegiatan bitcoin.
Harga runcit RON95 kekal, RON97 dan diesel naik lima sen
Harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter manakala harga RON97 meningkat lima sen daripada RM3.38 seliter kepada RM3.43 seliter bagi tempoh 23 hingga 29 Jan.
WEF 2025: Sesi Perdana Menteri bersama Pengerusi Eksekutif WEF
Ikuti sesi perbualan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, bersama Pengerusi Eksekutif Forum Ekonomi Sedunia (WEF) Prof Klaus Schwab.
Pempengaruh Malaysia ke ASEAN live creators anjuran Tiktok
Dua pencipta kandungan dari Malaysia berjaya ke program ASEAN Live Creators for Change anjuran Yayasan ASEAN dan TikTok.
Mereka adalah antara 20 pencipta kandungan muda dari 10 negara ASEAN yang dipilih untuk menghasilkan kandungan secara langsung bagi memberi inspirasi kepada penonton mengenai sosiobudaya yang relevan di rantau ini.
Mereka adalah antara 20 pencipta kandungan muda dari 10 negara ASEAN yang dipilih untuk menghasilkan kandungan secara langsung bagi memberi inspirasi kepada penonton mengenai sosiobudaya yang relevan di rantau ini.
Semua negara anggota disaran guna zon waktu seragam
Majoriti negara anggota ASEAN perlu mengguna pakai zon waktu seragam GMT+8 kerana ini dapat menyatukan ASEAN sebagai blok ekonomi yang kukuh.
Pengerusi Bursa Malaysia, Tan Sri Abdul Wahid Omar berpendapat, ini bukan idea baharu kerana ia telah dicadangkan pada 1995, cadangan semula oleh Malaysia pada 2006 dan sekali lagi pada 2015 ketika Kuala Lumpur kali terakhir mempengerusikan ASEAN
Pengerusi Bursa Malaysia, Tan Sri Abdul Wahid Omar berpendapat, ini bukan idea baharu kerana ia telah dicadangkan pada 1995, cadangan semula oleh Malaysia pada 2006 dan sekali lagi pada 2015 ketika Kuala Lumpur kali terakhir mempengerusikan ASEAN
Malaysia bakal anjur sidang kemuncak keselamatan dan kesihatan pekerja ASEAN 2025
Malaysia akan menganjurkan Sidang Kemuncak Keselamatan dan Kesihatan Pekerja ASEAN 2025 dari 4 hingga 5 Ogos tahun ini.
Azeem terkejut, tidak percaya terima anugerah PJK di usia 19 tahun
Pelari pecut sensasi negara, Azeem muncul antara atlet termuda yang menerima Anugerah PJK bersama dua lagi atlet Perak.
Sukan Asia: Arif Afifuddin sumbang pingat emas pertama skuad karate negara
Muhammad Arif Afifuddin memastikan skuad karate negara berjaya menyumbangkan satu pingat emas dalam acara kumite 84 kilogram Sukan Asia Hangzhou.
Mohd Qabil 'penat', beri bayangan bersara
Mohd Qabil Ambak memberi bayangan bakal mengucapkan selamat tinggal kepada sukan itu selepas berjaya melunaskan impiannya merangkul pingat emas dressage individu.
Jaringan Nuraini bawa Malaysian Tigress raih tempat kelima, dapat slot kelayakan Olimpik
Jaringan lewat permainan Nuraini Abdul Rashid berjaya membantu skuad hoki wanita negara menutup kempen Sukan Asia di tempat kelima.
Badminton: Penilaian prestasi Sukan Asia untuk elak berulang di Paris - Rexy
Kem badminton negara akan melakukan kajian terperinci terhadap prestasi pemain di Sukan Asia Hangzhou, selepas gagal mencapai sasaran satu perak dan dua gangsa.
Thailand ranap misi Malaysia pertahan emas sepak takraw antara regu lelaki
Skuad sepak takraw lelaki negara kecundang kepada Thailand 0-2 pada final acara antara regu di Sukan Asia Hangzhou 2022.
Sukan Asia: Skuad paling cemerlang, bawa pulang tiga pingat emas - SRAM
Prestasi itu hampir mengulangi pencapaian pasukan skuasy negara pada temasya edisi 2010 di di Guangzhou, China.
Eain Yow tekad buru kedudukan 10 terbaik dunia
Selepas merangkul emas di Sukan Asia Hangzhou 2022, pemain skuasy lelaki negara Ng Eain Yow kini berazam untuk memburu kedudukan ke-10 terbaik dunia.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sukan Asia: Malaysia rangkul perak kata berpasukan wanita
Skuad kata wanita negara melakar pencapaian membanggakan apabila menghadiahkan pingat perak dalam acara berpasukan pada Sukan Asia Hangzhou 2022 di Gimnasium Pusat Sukan Linping, hari ini.