KONFEDERASI Bola Sepak Asia, AFC memuat naik hantaran mengandungi ucapan terima kasih kepada bekas ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon.

Dalam hantaran tersebut, AFC meraikan kejayaan yang dibawa Kim Pan-gon untuk meningkatkan kualiti bola sepak pasukan kebangsaan sejak mengambil alih tampuk kejurulatihan sejak tahun 2022.

AFC turut mengucapkan terima kasih kepada Kim Pan-gon kerana telah menghadiahkan memori terbaik bukan sahaja untuk bola sepak Malaysia, tetapi untuk bola sepak Asia secara amnya.



Di bawah kendalian Kim Pan-gon, Harimau Malaya telah beraksi sebanyak 35 perlawanan dengan merekodkan 20 kemenangan, 10 kekalahan, dan 5 seri.

Harimau Malaya turut mencipta sejarah baharu apabila layak ke pusingan akhir AFC Piala Asia 2023 secara merit buat kali pertama selepas menunggu hampir 43 tahun di bawah kendalian beliau.

*Artikel disiarkan di Stadium Astro