Malaysia mengesahkan tempat ke pusingan akhir Kejuaraan Bawah 19 Tahun (B-19) Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2020 selepas mengalahkan Thailand 1-0 di Stadium Olimpik Nasional di Phnom Penh, Kemboja, hari ini.
Kemenangan tipis itu membolehkan skuad B-18 negara berjaya mengekalkan rekod bersih untuk muncul juara Kumpulan G dengan mengutip maksimum 12 mata dalam empat perlawanan.
Malaysia hanya memerlukan keputusan seri ke atas Thailand, namun jaringan Muhammad Umar Hakim Suhar Redzuan pada minit ke-84 memberi tiket automatik kepada anak buah Brad Maloney ke pusingan akhir di Uzbekistan, Oktober tahun depan.
Selepas kedua-dua pasukan gagal menyudahkan banyak peluang walaupun sering melancarkan serangan berbalas tetapi Muhammad Umar akhirnya memecahkan kebuntuan jaringan dengan menyudahkan hantaran lintang Muhammad Azman Murad.
"Saya berasa amat hebat untuk melakukan jaringan...namun ia adalah usaha pasukan. Setiap pemain memberi usaha 100 peratus. Kami teruja untuk layak dan Malaysia adalah pasukan yang hebat," katanya.
Malaysia memulakan kempen dengan mengalahkan tuan rumah Kemboja 5-4 pada 2 Nov lalu, membenam Brunei 11-0, Rabu lalu dan Kepulauan Mariana Utara 10-0, Jumaat lalu manakala Thailand menewaskan Brunei 9-0 dan membelasah Kepulauan Mariana Utara 21-0 sebelum kalah mengejut 2-1 kepada Kemboja.
Sementara itu, Maloney berkata mereka tidak mengambil mudah untuk mengharapkan keputusan seri malah mahu meneruskan rentak permainan seperti dirancang dan memburu kemenangan ke atas Thailand.
"Saya amt gembira untuk layak serta pemain telah membuktikan kemampuan masing-masing. Jika pemain meneruskan seperti ini, maka masa depan bola sepak negara nampak cerah," kata jurulatih dari Australia itu pada sidang media selepas perlawanan itu.
Rakaman sidang media itu diperoleh Bernama daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Dalam saingan kelayakan 48 pasukan itu, hanya 16 pasukan layak ke pada pusingan akhir iaitu tuan rumah, Uzbekistan, 11 juara kumpuan dan empat pasukan naib juara terbaik atau lima jika Uzbekistan muncul juara kumpulan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 10 2019

Kemenangan tipis itu membolehkan skuad B-18 negara berjaya mengekalkan rekod bersih untuk muncul juara Kumpulan G dengan mengutip maksimum 12 mata dalam empat perlawanan. -Sumber foto: FAM

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Malaysia kalahkan Thailand 1-0, layak ke Uzbekistan
Malaysia mengesahkan tempat ke pusingan akhir Kejuaraan Bawah 19 Tahun (B-19) Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2020 selepas mengalahkan Thailand 1-0.

'Main lebih daripada 100%' - Ultras Malaya mahu kemenangan untuk Malaysia
Bagi penyokong Ultras Malaya perlawanan malam ini adalah misi wajib menang bagi Malaysia untuk melayakan mereka ke Piala AFC B23 tahun 2020.